PAFA Harap MFL Bantu Pasukan Punyai Nilai Pemasaran Tersendiri

PAFA

Rakan kongsi Liga Malaysia menyatakan rasa teruja dan sudah bersedia untuk mengharungi musim
baharu selepas menerima Taklimat Liga Malaysia 2020 yang berlangsung pada Rabu lalu.

Wakil-wakil pasukan menzahirkan rasa terima kasih atas inisiatif MFL menganjurkan sesi taklimat untuk semua pasukan mendapat lebih pemahaman dalam menguruskan perancangan dan operasi pasukan.

Antaranya Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Mohamad Azlin Mohd. Nadzri, yang berharap akan ada sentiasa perhubungan dua hala antara MFL dan rakan-rakan kongsi liga menghadapi musim 2020.

Dalam masa sama, beliau juga berharap MFL boleh membantu setiap pasukan yang bertanding punyai nilai pemasaran tersendiri dalam menarik penaja bagi menjana kewangan ke arah lebih mampan.

“Bagi saya taklimat rutin secara tahunan ini bagus kepada tiap pasukan dan saya berharap MFL selepas ini boleh bantu kami dalam harungi sepanjang musim.

“ MFL juga sentiasa membantu tiap pasukan dengan boleh merujuk kepada mereka jika ada sebarang masalah dan jika mahu percepatkan, mereka juga boleh beri sebarang salinan terhadap apa yang disampaikan bagi mudahkan kami.

“ Selain itu, cadangan saya MFL dapat menggunakan pasukan-pasukan ini sebagai bahan pemasaran malah kami semua tidak berdepan masalah beri kerjasama kerana sudah sampai masanya kita semua kena bergerak selaku organisasi perniagaan bagi memberikan manfaat kepada semua agar boleh berkongsi hasil, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN