Pablo Mari Sahkan Sendiri Perpindahan Ke Arsenal

Pablo Mari of CR Flamengo competes for the ball with Roberto Firmino of Liverpool during the FIFA Club World Cup Final Match between Liverpool FC and CR Flamengo at Khalifa International Stadium on December 21, 2019 in Doha, Qatar.

Pablo Mari mengesahkan sendiri perpindahannya ke Arsenal selepas tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London malam tadi.

Pertahanan tengah Sepanyol yang sebelum ini bermain untuk kelab Brazil, Flamengo, dilaporkan akan disahkan sebagai pemain baru Arsenal dalam masa terdekat. Menurut Goal UK, Mari berhijrah ke Arsenal secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli pada musim panas 2020 nanti.

Mari tidak asing dengan Premier League dan Mikel Arteta sendiri memandangkan beliau pernah mempunyai kontrak empat tahun bersama Manchester City sejak 2016. Bagaimanapun beliau tidak pernah mencatat sebarang penampilan bersama The Citizens.

Beliau dipinjamkan sebanyak tiga kali kepada Girona, NAC Breda dan Deportivo La Coruna sepanjang tempoh kontraknya bersama City. Pada musim panas 2019, City akhirnya menjual beliau kepada Flamengo dengan yuran perpindahan sebanyak £800,000.

Media UK mula dapat menghidu perpindahan ini selepas media Brazil mendedahkan gambar Mari bersama Pengarah Teknikal Arsenal, Edu di Lapangan Terbang Galeâo, Rio de Janeiro.

Sebelum ini, Arteta mendedahkan beliau kekurangan pemain di bahagian pertahanan susulan kecederaan jangka masa panjang yang dialami oleh Calum Chambers. Bagaimanapun ketua jurulatih Arsenal itu menegaskan beliau hanya akan membeli ‘pemain yang betul, yang sesuai dengan bajet kewangan kelab’.

Pada ketinggian 1.93 meter, Pablo Mari akan menjadi pemain tertinggi dalam skuad Arsenal. Keupayaan Mari di udara dijangkan akan menjadi aset penting Arsenal yang dilihat bergelut ketika menentang pasukan fizikal seperti Sheffield United baru-baru ini.

Arsenal yang sebelum ini dikaitkan dengan pertahanan RB Leipzig, Dayot Upamecano masih mempunyai seorang lagi pertahanan baru. William Saliba yang dibeli pada jendela perpindahan musim panas lalu dipinjamkan semula ke Saint-Étienne. Pertahanan tengah muda Perancis ini hanya akan mula menyertai Arsenal pada musim hadapan.

Tidak banyak yang diketahui mengenai gaya permainan Pablo Mari. Jika persembahannya semasa final FIFA Club World Cup lepas menjadi ukuran, beliau merupakan pemain pertahanan yang hanya cukup bagus menjadi solusi jangka masa pendek Arsenal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN