Ozil v Payet; Siapa Lagi Menyerlah Setakat Ini?

Ozil vs Payet

Menjelang pertemuan separuh akhir di antara Perancis dan Jerman. Kami telah mendapat statistik opta aksi kedua dua pemain di pentas Eropah setakat ini.

Kedua dua pemain telah bermain dalam 5 penampilan dalam Piala Eropah 2016 setakat ini. Ini adalah perbandingan ringkas kedua dua pemain.

Kreativiti

Dmitri Payet menguasai 2 aspek utama iaitu, jumlah peluang dicipta dan juga assist. Sebagai perbandingan Payet mencipta 21 peluang gol dan Ozil cuma 17. Payet mencatat 12.3% lebih daripada Ozil.

Dari segi Assist, Mesut Ozil mencata 1 assist daripada 491 minit. Manakala Payet sudah melakukan 2 assist daripada 377 minit atau 188 minit untuk setiap 1 assist setakat ini. Ia agak ultra creative !

Jadi, buat masa ini, Dmitri Payet memenangi aspek ini berbanding Ozil.

Distribution

Seterusnya adalah dari segi jumlah hantaran tepat. Mesut Ozil terlalu bagus untuk Payet dengan 292 hantaran tepat berbanding 193 oleh Payet.

Corak permainan Jerman yang lebih dominan dan lebih banyak minit mungkin menjadi sebab utama. Secara purata Ozil melakukan 0.59 hantaran tepat per minit. Manakala Payet pula dengan kadar 0.52.

Dari segi ketepatan hantaran, Ozil merekodkan 89% mengatasi Payet yang cuma 82%. Maknanya tiada keraguan Mesut Ozil adalah lebih baik dari segi aspek hantaran.

ozil-vs-payet-1118x700-3320-910x569

Sebelum Wisel

Dmitiri Payet masih mengekalkan momentum kecemerlangan beliau. Jangan lupa, beliau adalah buangan Marseille sebelum ini dan dibeli oleh West Ham dengan harga lelong £10.7 juta sahaja.

Mesut Ozil memiliki vision yang sangat tajam untuk mencipta peluang kepada penyerang. Jerman berpotensi bermain false 9 pada kali ini, jadi kreativiti Ozil amat diperlukan.

Pada awal pagi esok adalah pertarungan 2 pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik. Dan tidak lupa juga kepentingan 2 pemain ini di dalam pasukan masing masing.

[adrotate banner=”9″]

Baca juga:Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Perancis v Republik Ireland (2-1)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN