Ozil Berpotensi Menjadi Kapten Arsenal Di Anfield

Mesut Ozil dijangka akan menjadi kapten Arsenal dalam pertemuan Piala Carabao menentang Liverpool.

Unai Emery mendedahkan bahawa pemain tersebut antara calon utama untuk menjadi kapten dalam aksi di Anfield.

Dengan isu membelenggu Xhaka, nama Ozil kini antara mereka yang berhak mendapat kapten Arsenal selain daripada Hector Bellerin.

Sebelum ini Unai Emery menyatakan ada 3 kapten Arsenal iaitu Granit Xhaka, Mesut Ozil dan juga Hector Bellerin.

Mesut Ozil hanya muncul 2 perlawanan musim ini bersama Arsenal iaitu ketika menentang Watford dan juga menentang Nottingham dalam saingan Piala Carabao.

Para penyokong Arsenal mendesak agar Unai Emery memberikan peluang lebih banyak kepada Mesut Ozil untuk bermain.

Kempen #FreeOzil juga sudah dilancarkan oleh penyokong Arsenal tanda sokongan kepada pemain no.10 dari Jerman itu.

Unai Emery dalam sidang medianya berkata: “Ozil dalam kelompok pemain yang berpotensi untuk bermain. Kami sudah berjuma pagi ini dan perbincangan kami sangat baik. Mesut dan saya, dan saya sudah menyatakan saya tak akan menukar idea terhadap beliau.”

“Mesut tahu apa yang saya mahukan daripada beliau.”

“Ada beberapa perkara yang ketika ini menyebabkan beliau sukar untuk bermain secara konsisten.”

“Namun saya sudah katakan minggu lalu bahawa perkembangan beliuau sangat positif. Beliau berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk membantu pasukan.”

Ditanya tentang, sama ada Xhaka akan direhatkan, Unai Emery berkata, perkara itu akan diputuskan sebelum perlawanan.

“Ianya bergantung kepada keadaan. Dan mungkin juga beliau akan bermain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN