Owen Hargreaves: “Timo Werner Lebih Sesuai Ke Manchester United”

timo werner

Timo Werner sekali lagi menjadi nama yang cukup hangat ketika ini selepas beliau menjaringkan hatrik dalam aksi Bundesliga menentang Mainz.

Ianya turut menaikkan kembali spekulasi perpindahan beliau ke Premier League dengan beberapa pasukan seperti Liverpool, Manchester United dan Chelsea dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Bagi penganalisis BT Sport, Owen Hagreaves, beliau berkata adalah lebih baik untuk Werner berhijrah ke Manchester United berbanding ke Liverpool yang dikatakan destinasi pilihan pemain itu.

“Ke mana saja beliau pergi, beliau perlu bermain. Dengan cara Manchester United bermain sekarang, saya boleh bayangkan beliau bermain untuk mereka, Manchester United perlukan pemain nombor sembilan.”

Hargreaves mengatakan sukar untuk Werner berada di Liverpool kerana beliau akan dibayangi oleh Roberto Firmino.

“Beliau tidak akan dapat mengatasi Roberto Firmino untuk tempat sebagai pemain utama.”

“Benar beliau sangat sesuai bermain untuk Liverpool, tetapi jaminan untuk beraksi sebagai kesebelasan utama itu tidak pasti. Tetapi jika beliau tidak kisah bergilir-gilir bermain sebagai penyerang Liverpool, saya rasakan Werner sangat sesuai untuk Jurgen Klopp.”

Bekas pemain Manchester United itu turut mengatakan bintang RB Leipzig itu adalah jelmaan Fernando Torres dari segi corak permainannya.

“Beliau seperti Fernando Torres, seorang pemain yang akan lari berdesup meninggalkan pihak lawan.”

“Beliau mempunyai kelebihan untuk berlari ke ruang kosong dan di belakang pihak lawan, ianya sesuai dengan cara beliau bermain dan Liverpool boleh melakukannya.”

Baca juga artikel kami mengenai Timo Werner:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram