Oumar Niasse Dipersalahkan, Punca Rooney Mahu Tinggalkan Everton?

Iklan

Beberapa pemain skuad utama Everton dilaporkan mengancam untuk keluar dari kelab, jika Everton tidak menjual Oumar Niasse pada musim panas ini.

Niasse dikatakan telah bertelagah dengan sebilangan besar rakan sepasukannya, yang menjadi punca perbalahan di bilik persalinan Everton.

Getty Images

Laporan media di Britain berkata,  bilik persalinan di Goodison Park tegang seperti di medan perang, dengan pemain muda Tom Davies dilaporkan telah menghubungi ejen beliau untuk mengatur perpindahan jika keadaan tidak berubah.

Beberapa pemain senior kelab berkenaan seperti Phil Jagielka, Dominic Calvert-Lewin, Jordan Pickford, Seamus Coleman, Mason Holgate, Michael Keane dan Jonjoe Kenny turut dilaporkan tidak senang dengan perwatakan Niasse.

Menurut salah seorang sumber dalaman dari bilik persalinan:

HALEWOOD, ENGLAND – JANUARY 12: (EXCLUSIVE COVERAGE) Dominic Calvert-Lewin Tom Davies and Phil Jagielka during the Everton FC training session at USM Finch Farm on January 12, 2018 in Halewood, England. (Photo by Tony McArdle/Everton FC via Getty Images)

“Semua pemain seperti telah berpakat untuk memohon perpindahan melainkan jika Oumar [Niasse] pergi. Jika beliau pergi, maka semua masalah turut akan selesai.”

“Sebahagian daripada pemain tertekan dengan masalah tersebut dan kelihatan seperti tidak sanggup untuk terus berada di sini.”

“Sudah pasti ia turut menjejaskan prestasi di atas padang, dan ia jelas masalah yang sukar diselesaikan dan membuatkan beberapa pemain senior tidak senang.”

Selepas beberapa siri pertelingkahan di bilik persalinan melibatkan beberapa pemain dengan Niasse, beberapa pemain utama kelab itu termasuk Wayne Rooney dilaporkan cuba campur tangan untuk memenangkan keadaan.

(Photo by Tony McArdle/Everton FC via Getty Images)

Drama di belakang tabir kelab itu dikatakan menjadi salah satu sebab mengapa Rooney sanggup meninggalkan Everton- kelab yang disertai dan disokong oleh beliau pada usia remaja.

Rooney dilaporkan telah tiba di Amerika Syarikat pada semalam, dan dijangka akan diumumkan sebagai pemain DC United pada minggu ini.

Cardiff City manager Neil Warnock during the promotion parade at Cardiff Castle, Cardiff. (Photo by Simon Galloway/PA Images via Getty Images)

Namun demikian kebanyakkan penyokong Everton tidak mahu percaya akan perbalahan melibatkan Niasse dan pemain lain di kelab tersebut, dan menyifatkannya sebagai mengarut.

Semalam terbit di akhbar di UK bahawa pengurus Cardiff City, Neil Warnock turut berminat mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Senegal itu untuk saingan musim hadapan.

Everton kini merupakan kelab tanpa pengurus selepas Sam Allardyce dipecat pada penghujung musim. Kelab Merseyside itu sekadar mampu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-8.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram