Ong Kim Swee: Kita Harus Malu Dengan Kekalahan Ini

Malaysia tewas 1-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A dalam temasya Sukan SEA 2019 di Stadium Memorial Rizal semalam.

Pengendali skuad kebangsaa, Datuk Ong Kim Swee jelas sekali tidak gembira dengan prestasi yang ditunjukkan para anak buahnya.

Ini merupakn perlawanan kedua berturut-turut pasukan Malaysia keciciran mata. Sebelum ini seri 1-1 dengan pasukan Myanmar.

Memberikan komen beliau selepas tamat perlawanan, Ong Kim Swee menyifatkan pasukannya harus malu dengan kekalahan tersebut.

Ini kerana pasukan Malaysia kelihatan kurang bernafsu untuk menang berbanding dengan pasukan Filipina – yang disifatkan oleh Ong Kim Swee pasukan lebih baik.

Malaysia gagal untuk mempamerkan aksi terbaik mereka sepanjang 90 minit di atas padang. Tidak ada kreativiti dan permainan kombinasi yang jelas dipamerkan oleh skuad Harimau Muda.

Ong Kim Swee berkata: “Ini bukan keputusan yang baik untuk pasukan kita. Kita bolos kerana situasi bola mati.”

“Namun aksi malam ini menunjukkan bahawa pasukan Filipina merupakan pasukan lebih baik dan lebih lapar berbanding dengan pasukan kita.”

“Kita harus malu dengan pasukan ini. Dan dari segi matematik, kita masih lagi berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya.”

Malaysia selepas ini akan berhadapan dengan Kemboja dan Timor Leste.

Pasukan Harimau Muda perlu menang dengan margin gol yang besar serta bergantung kepada keputusan perlawanan lain untuk meneruskan kemaraan mereka ke pusingan kalah mati.

Berikut adalah kedudukan pasukan Malaysia setakat ini, selepas mengharungi 2 perlawanan.

Kredit: Mysumber

Pastinya semua peminat bola sepak tanah air berharap skuad kebangsaan dapat melakar kejutan dan mara ke pusingan seterusnya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram