Ong Kim Swee Cari Pengganti Adam Nor Azlin Dan Irfan Zakaria

Bagi menghadapi kejohanan AFF B-23 dan kelayakan AFC B-23 pada tahun depan, skuad bawah 23 tahun negara memerlukan ‘kereta kebal’ baharu bagi menggantikan Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria yang sudah melebihi umur 23 tahun.

Menurut laporan daripada Berita Harian, pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee berkata Malaysia menyasarkan untuk layak ke kejohanan AFC B-23 pada tahun 2020 selain menghadapi Sukan SEA di Filipina.

Oleh itu, mereka mula menguji beberapa muka baharu yang lebih muda dalam kejohanan Piala Newspaper di Vietnam baru-baru ini untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain senior skuad itu.

“Sudah tentu ada banyak aspek yang perlu ditambah baik, namun apa yang menjadi keutamaan adalah barisan pertahanan kerana kita kehilangan Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria kerana faktor usia dan hanya tinggal Dominic Tan.

“Berdasarkan penamat tempat ketiga pada Piala Newspaper, saya tidak berpuas hati tetapi ada ruang untuk penambahbaikan dan jika kelemahan ini dapat diperbaiki, kita dapat mencapai sasaran,” katanya.

Adam Nor Azlin merupakan kapten yang berpengaruh dalam skuad bawah 23 tahun kebangsaan.

Ketika ini skuad bawah 23 negara masih memiliki penjaga gol JDT, Haziq Nadzli, Dominic dan Syahmi Safari, namun Kim Swee boleh mempertimbangkan untuk ‘naik pangkat’ pemain pertahanan skuad bawah 19 negara yang beraksi dalam Kejohanan AFC B-19 bulan lalu.

“Kita memerlukan pertahanan dan perlu bermain banyak kombinasi kerana sistem yang kami gunakan, saya mahu pertahanan yang bukan sahaja boleh bertahan tetapi mampu membuat hantaran dan menggerakkan bola dengan baik kepada pemain tengah dan penyerang.

“Pada aksi Piala Newspaper, saya mengenalpasti beberapa pemain seperti Mohamad Hariz Kamarudin (JDT II), Ariff Ar Rasyid Ariffin (PKNS FC) dan Evan Wensley Wenceslaus (Sabah), namun mereka memerlukan lebih banyak permainan untuk membentuk kombinasi mantap.

“Sebelum ini, kita ada Dominic dan Irfan yang bergandingan dengan baik dalam banyak perlawanan kerana dari situlah mereka mencipta persefahaman.” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN