Ong Kim Swee Anggap Pengkritiknya Banyak Cakap Dan Hanya Mahukan Publisiti

Prestasi hambar skuad B-22 negara dalam temasya Sukan SEA 2019 telah mengundang pelbagai reaksi dan kritikan samaada daripada penyokong, bekas pemain mahupun media tempatan.

Menurut pendapat mereka, formasi 3-4-3 yang digunakan oleh skuad Harimau Muda dan keengganan menukar formasi pasukan telah menyumbang kepada tragedi di Manila pada edisi ini.

Malaysia terpaksa pulang awal apabila hanya mengumpul empat mata daripada empat perlawanan, malah diaibkan Kemboja 1-3 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan seterusnya meleburkan impian untuk mengulangi pencapaian edisi lalu.

Di atas kertas, barisan pemain muda yang dibawa adalah antara yang terbaik dimiliki negara ketika ini dan ianya adalah hasil gabungan pemain skuad B-19, skuad terkini dan juga pemain yang memiliki pengalaman bersama skuad kebangsaan.

Ketika tiba di tanah air malam tadi, persoalan ini diajukan kepada pengendali, Datuk Ong Kim Swee dan menurutnya formasinya tidak pernah berubah dan mengapa kini ianya dipersoalkan.

Tambahnya lagi, semua pendapat dan kritikan tersebut dikeluarkan oleh pembaca dan pemberita sukan yang hanya mahu publisiti.

“Tiada masalah dari segi formasi kita, hanya segelintir ‘so called’ pembaca dan pemberita sukan yang mempertikaikan, di mana saya percaya mereka ini banyak bercakap serta inginkan publisiti.

“Ketika kita menang dalam kejohanan yang lepas dengan sistem yang sama, ia tak dipertikaikan. Jadi, ini semua sesuatu [yang] hanya hendak menimbulkan beberapa isu, apabila pasukan tewas dan ia kebiasaan yang akan berlaku,” jelasnya kepada pihak media.

Kim Swee dipetik berkata kepada Astro Awani, apa jua formasi yang digunakan oleh seseorang pengendali itu tiada masalah.

“Bagi saya tiada masalah dengan formasi sama ada 3-4-3 atau 4-3-3 atau apa jua formasi,” tambahnya lagi yang memaklumkan sudah dihubungi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai status kontraknya yang tidak disambung lagi bermula tahun depan.

Pengendali berusia 48 tahun itu menyatakan beliau menerima dengan hati yang terbuka dan akan menumpukan perhatian melengkapkan kursus kejurulatihan pro terlebih dahulu sebelum memikirkan mengenai masa depan kejurulatihannya.

Kredit Featured Image: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN