Oliver Kahn Kesal Tidak Sertai Manchester United, Jadikan Bayern Munich Juara UCL 1998-99

Penjaga gol legenda Jerman dan Bayern Munich, Oliver Kahn berkata bahawa beliau menyesal untuk tidak menyertai Manchester United selepas mempunyai peluang untuk berbuat demikian sebelum ini.

Kahn mulai beraksi bersama Bayern Munich pada 1994 selepas berhijrah dari Karlsruher, beraksi selama 14 tahun bersama gergasi Bundesliga itu, dan memenangi 8 kejuaraan liga, 6 kejuaraan DFB-Pokals dan juga kejuaraan UEFA Champions League (UCL) pada musim 2000-01.

Inteview with Oliver Kahn (Photo by sampics/Corbis via Getty Images)

Kahn yang kini sudah berusia 48 tahun juga pernah beraksi menentang Manchester United.

Paling diingati ialah ketika Kahn ditewaskan oleh dua gol minit akhir oleh Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solksjaer dalam perlawanan akhir UCL pada musim 1998/99 di Nou Camp, Barcelona, untuk United muncul juara pertandingan itu.

Pada penghujung kariernya, Kahn telah ditawarkan peluang oleh Sir Alex Ferguson untuk menyertai Manchester United, namun memilih untuk terus kekal di Munich.

Kini ia adalah keputusan yang pemenang Euro 1996 itu ratapi, kerana tidak memikirkannya semasak-masaknya.

No commercial uses without permission.

Kahn dipertik sebagai berkata kepada Bild:

“Alex Ferguson masih sedikit kecewa dengan saya. Beliau sangat yakin yang saya akan menyertai Manchester United pada 2003 atau 2004. Namun demikian, kami sedang membina satu era di Bayern Munich, dan ia juga penting buat saya.”

“Namun selepas seketika, saya berperdapat bahawa saya seharusnya menerima tawaran tersebut. Ia pasti akan menjadi satu lagi cabaran besar buat kali terakhir dalam karier bola sepak saya.”

“Pada saya, ia adalah lebih menarik jika anda dapat membantu membentuk satu era bersama sebuah kelan pada masa itu.”

(Photo by Michael Steele/EMPICS via Getty Images)

Bekas penjaga gol Bayern Munich ini jelas tidak ketandusan kejuaraan walaupun tidak berpindah ke Old Trafford satu masa dahulu.

Kahn juga mempunyai ingatan yang jelas akan apa yang berlaku dalam perlawanan akhir UCL 1998/99, apabila Bayern Munich ditewaskan oleh Manchester United 2-1 di Nou Camp.

“Saya telah menyimpan semua aksi¬† dalam perlawanan akhir tersebut di dalam memori saya. Bayern Munich adalah juara UCL musim tersebut kerana memori saya telah memadamkan 2 minit terakhir itu,” ujar Kahn sambil berseloroh.

 

 

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply