Oliver Kahn Bakal Ganti Karl-Heinz Rummenigge Sebagai CEO Bayern Munich

Oliver Kahn

Penjaga gol legenda Jerman, Oliver Kahn dilaporkan bakal menggantikan Karl-Heinz Rummenigge sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern Munich.

Rummenigge yang menggalas tugas tersebut sejak dari tahun 2002 akan melepaskan jawatan tersebut berikutan kontraknya yang akan tamat pada tahun 2021.

Menurut sumber Goal, CEO yang kini berusia 63 tahun itu telah mengumumkan pendiriannya serta menamakan Oliver Kahn sebagai penggantinya.

”Ya, saya akan berhenti. Ini merupakan masa yang sesuai untuk menyerahkan baton (tugas) ini kepada Oli (Oliver) Kahn.”

”Perancangannya adalah Olli akan menggantikan saya. Dia harus dilatih oleh saya. Dia merupakan pemain yang sangat penting di Bavaria, dia juga telah mempunyai jalan dalam bidang perniagaan.”

Kahn
MUNICH, GERMANY – FEBRUARY 26: Oliver Kahn, Karl-Heinz Rummenigge and Lothar Matthaeus (L-R) pose with exhibition items for the new Bayern Muenchen museum prior to the Bundesliga match between FC Bayern Muenchen and FC Schalke 04 at Allianz Arena on February 26, 2012 in Munich, Germany. (Photo by Alex Grimm/Bongarts/Getty Images)

”Ahli lembaga pengarah telah memberikan laluan dan saya mempercayai Olli.”

Dalam pada itu, Rummenigge turut berhajat untuk menyerap masuk Kahn ke dalam Bayern Munich sekaligus beliau dapat membuat pemantauan prestasi bakal penggantinya itu sepanjang baki dua tahun perkhidmatan beliau selaku CEO .

”Adalah penting untuk anda membina rangkaian yang luar biasa. Ia sememangnya lebih mudah, sekarang anda terjun ke dalam air dan harus berenang dengan segera, dunia media adalah sangat berbeza.”

”Saya rasa dia boleh berenang dengan sangat baik dan saya mengharapkan dapat bersara dengan sebaiknya.”

Oliver Kahn telah membuat lebih 600 penampilan bersama Bayern Munich dari tahun 1994 hingga 2008 dan antara kejayaan yang diraih adalah menjuarai saingan Bundesliga sebanyak lapan kali, satu trofi Liga Juara-Juara Eropah (2000/01) dan enam kejuaraan DFB Pokal.

 

 

 

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply