Olimpik 2020: Jepun Tekad ‘Kubo’kan Sepanyol Di Separuh Akhir

Tekefusa Kubo Jepun Sepanyol

Aksi cemerlang Takefusa Kubo di kejohanan Olimpik 2020 merupakan satu isyarat jelas kepada Sepanyol bahawa beliau sememangnya berhak untuk bersama salah satu kelab ternama di negara Eropah itu.

Pemain Real Madrid berusia 20 tahun tersebut menjadi watak penting buat Jepun yang mara sehingga ke peringkat separuh akhir dan bakal bertemu Sepanyol pada Selasa ini.

Selaku tuan rumah, Jepun kini sudah mula menyasarkan untuk mendapatkan pingat pertama mereka dalam kejohanan tersebut sejak kali terakhir memenangi pingat gangsa di kejohanan Olimpik 19668 di Mexico.

“Sejak undian dibuat, saya telah pun melihat sekiranya kami mara sehingga ke separuh akhir, kemungkinan lawan kami adalah Sepanyol,” ujar penjaring gol kemenangan ketika menumpaskan New Zealend menerusi penentuan penalti di peringkat suku akhir tempoh hari.

“Saya mengambil serius setiap satu demi satu perlawanan setakat ini, satu bukan berikan 100 peratus, bukan 120 peratus, tetapi 150 peratus. Saya akan bawa pasukan ini kepada kemanangan.”

Sepanyol bukanlah negara yang asing buat Kubo memandangkan dalam dekad terakhir usianya, beliau lebih banyak berkelana di negara Eropah tersebut.

Beliau menyertai akademi Barcelona yang cukup terkenal, La Masia pada usia 10 tahun, namun terpaksa pulang semula ke Jepun lima tahun kemudian selepas kelab itu didapati bersalah kerana melanggar peraturan perpindahan melibatkan pemain di bawah umur.

Kubo kemudian meneruskan kariernya bersama FC Tokyo dan Yokohama F Marinos sebelum kembali semula ke Sepanyol apabila usianya mencecah 18 tahun dengan menyertai musuh tradisi Barcelona iaitu Real Madrid.

Namun kehidupannya di ibu kota Sepanyol itu bukanlah lancar seperti yang diharapkan. Sehingga hari ini beliau masih belum berpeluang untuk menembusi skuad utama Real, sebaliknya telah dipinjamkan ke Real Mallorca, Villareal dan Getafe.

Semua tempoh pinjaman selama dua musim itu tentunya bertujuan untuk memberi peluang kepada Kubo untuk beraksi lebih kerap dan sebagai pendedahan mengenai corak bola sepak Sepanyol.

Ia jelas memberikan impak yang cukup berkesan selepas beliau menjadi penjaring gol pembukaan untuk kesemua tiga kemenangan Jepun di peringkat kumpulan.

“Saya mempunyai ramai rakan sepasukan di kem Sepanyol. Saya juga telah bercakap dengan Eric Garcia sebelum aksi menentang New Zealand yang saya mahu bertemu dengannya di separuh akhir, dan ianya berlaku.

“Kami memang berkawan baik, tetapi sekarang kami akan menjadi musuh buat sementara dan kami akan berikan segalanya untuk memenangi perlawanan hebat ini.”

Pemenang di antara dua pasukan ini bakal bertemu pemenang dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang mempertemukan Brazil dan Mexico.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply