Ole Sahkan Kunjungan United Ke PSG Tanpa Cavani, Maguire

Edinson Cavani Manchester United

Penyokong Manchester United terpaksa menunggu lagi untuk melihat bintang baharu mereka Edinson Cavani membuat debut bersama pasukan selepas namanya tidak disenaraikan untuk perlawanan menentang Paris Saint-Germain.

Menurut laman web rasmi United, penyerang Uruguay tersebut disahkan tidak akan beraksi untuk perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah musim ini yang akan berlangsung di ibu kota Perancis pada Selasa.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer turut mengetepikan empat pemain lain iaitu kapten pasukan Harry Maguire, Mason Greenwood, Eric Bailly dan Jesse Lingard disebabkan masalah kecederaan dan kecergasan.

https://twitter.com/EasySoccerNews/status/1318295632038166528?s=20

Cavani yang baru sahaja turun menjalani latihan bersama rakan sepasukannya dipercayai masih belum cergas sepenuhnya dan Solskjaer tidak mahu mengambil risiko menurunkannya dalam masa terdekat sebelum penyerang veteren itu benar-benar bersedia.

“Saya harap dia [Cavani] tidak mengambil masa terlalu lama untuk kembalikan kecergasannya,” ujar Solskjaer dalam sidang media menjelang pertemuan dengan PSG.

“Dia masih memerlukan beberapa hari latihan lagi sebelum kami dapat menggunakan khidmatnya. Mungkin pada hujung minggu ini [berdepan Chelsea].

“Begitu juga dengan Harry, Eric dan Mason, saya masih belum pasti mengenai tahap kecergasan mereka.”

Maguire mendapat kecederaan ketika perlawanan menentang Newcastle United tempoh hari sementara Eric Bailly pula sewaktu tugasan antarabangsa bersama Ivory Coast pada awal bulan ini.

Ketibaan Cavani di Old Trafford telah menimbulkan perdebatan dalam media sosial sama ada beliau akan menjadi pemain yang berjaya di United atau sebaliknya memandangkan usianya telah pun mencecah 33 tahun.

Namun rekod cemerlangnya di PSG dan Atletico Madrid telah membuktikan reputasinya selaku peledak berbisa di pentas bola sepak Eropah.

Ada yang beranggapan beliau merupakan ‘pembelian panik’ United selepas gagal mendapatkan sasaran utama mereka Jadon Sancho. Cavani menyertai United pada hari terakhir perpindahan bersama tiga pemain lain iaitu Alex Telles, Amad Diallo dan Facundo Pellistri.

Ketiadaan Maguire akan memberi ruang kepada Bruno Fernandes untuk menyarung lilitan kapten untuk perlawanan berdepan PSG.

Dalam perkembangan lain, PSG turut mengumumkan beberapa pemain utama mereka tidak dapat beraksi iaitu Mauro Icardi yang mengalami kecederaan lutut, Marco Verratti, Thilo Kehrer dan Juan Bernat.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Edinson Cavani dan Manchester United:

Seperti Falcao Atau Ibrahimovic, Apa Nasib Cavani Di United?

Cavani Yakin Akan Kembalikan ‘Keadilan’ Buat Jersi Ikonik Nombor 7 United

EPL 2020/21: Man Utd Sudah Kembali, Newcastle United Jadi Mangsa Amukan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN