Ole Pilih Maguire Sebagai Kapten Baharu United, Sahkan Young Ke Inter Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Harry Maguire sah akan menjadi kapten baharu Manchester United. Perkara itu diumumkan oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Harry Maguire dilantik menjadi kapten baharu United menggantikan Ashley Young. Pengendali Man United itu mengesahkan bahawa Ashley Young akan menyertai Inter Milan.

Pemain itu sudah bersama United sejak 2011 lagi ketika dibeli oleh Alex Ferguson dari Aston Villa.

Young kini sedang menguruskan beberapa prosedur akhir untuk memuktamadkan secara rasmi perpindahan beliau ke Inter Milan.

Harry Maguire merupakan rekrut baharu United musim ini. Beliau dibeli dengan rekod perpindahan dunia untuk bek tengah. Man United membayar Leicester sebanyak £80 juta untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Beliau sudah menjadi kapten United dalam banyak perlawanan pasukan itu musim ini ketika tiada Ashley Young di atas padang.

Jadi, aksi berhadapan dengan Liverpool pada Ahad ini akan menjadi aksi pertama Harry Maguire sebagai kapten sepenuh masa Man United.

United akan berkunjung ke Anfield dalam aksi EPL. Mereka pastinya mahu menewaskan pasukan musuh utama mereka itu di hadapan penyokong Liverpool sendiri.

Liverpool masih belum tewas dalam saingan EPL musim ini. Dan hanya keciciran mata sekali sahaja. Itu adalah ketika mereka berkunjung ke Manchester United dalam pertemuan pertama mereka pada aksi liga musim ini.