Ole Mahu “Cermin Diri Sendiri” Selepas Kekalahan Di Tangan Leicester City

Manchester United

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengambil pendekatan “cermin diri sendiri” selepas kalah dalam perlawanan pertama usai tugasan bola sepak antarabangsa selesai.

Selepas dimalukan Leicester City di King Power Stadium semalam, Solskjaer mengakui yang ada perkara yang perlu diubah olehnya sebelum menghadapi perlawanan-perlawanan yang lain.

EPL: Man United Kalah Lagi, Rekod ‘Kebal’ Di Tempat Lawan Lebur Di Tangan Leicester

Solskjaer mengakui yang persembahan teruk di bahagian pertahanan mengecewakan beliau walaupun barisan serangan menunjukkan potensi baik.

“Kita perlu bangkit balik. Kita perlu respon,” kata Solskjaer kepada media rasmi Manchester United.

“Kita ada lima perlawanan sebelum rehat bola sepak antarabangsa seterusnya, jadi kita perlu bersatu.”

Solskjaer juga mengatakan yang beliau perlu muhasabah diri sebelum perlawanan seterusnya menentang Atalanta.

“Saya akan cermin diri saya dulu, dan pastikan pasukan akan kembali berada pada prestasinya.”

“Mungkin kita juga perlu ke perlawanan dengan minda yang segar, dan pemain juga perlu turut cermin diri mereka sekali.”

Atalanta dulu, baru Liverpool

Menyedari persembahan buruk di bahagian pertahanan mula membuatkan pasukannya goyah dalam misi merebut kejuaraan, Solskjaer menyedari sesuatu perlu dilakukan.

Oleh itu, beliau perlu memperbaik beberapa perkara sebelum pertemuan UEFA Champions League menentang kelab Itali itu.

Perubahan itu perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum aksi panas menentang Liverpool yang tiba selepas tugasan Eropah mereka pada 24 Oktober ini.

Fokus adalah kunci kepada Solskjaer dalam misi memberikan tiga mata dalam setiap perlawanan sukar yang bakal dihadapi mereka.

“Tiada cara lain boleh dibuat, kita tak boleh hilang fokus.”

“Kita kena percaya pada diri sendiri, rakan sepasukan dan pastikan kita bersedia untuk perlawanan Rabu ini kerana ianya akan menjadi perlawanan yang sukar nanti.”

United kini menduduki tangga kelima Premier League dengan 14 mata dan boleh dipintas Everton dan Tottenham Hotspur jika mereka menang perlawanan minggu ini.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply