Ole Gunnar Solskjaer Sah Bercerai Dan Tinggalkan Manchester United

Ole Gunnar Solkskjaer sah akan meninggalkan Manchester United dan perkara itu akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Laporan dari pelbagai sumber di UK mengatakan perbincangan di kalangan anggota pasukan tertinggi di Old Trafford telah melakukan perbincangan mengenai masa depan pengendali dari Norway itu selepas kekalahan 4-1 kepada Watford pada malam tadi.

Pihak Glazer turut memutuskan agar kelab mula melakukan rundingan untuk menentukan terma yang boleh dipersetujui kedua-dua pihak.

Masih hormati Solskjaer

Di sebalik keputusan tersebut, pihak kelab masih menghormati Solskjaer yang dianggap sebagai legenda kelab.

Untuk itu Manchester United mahu memastikan ‘perpisahan’ di antara kedua-dua pihak dilakukan dengan tertib, diikuti oleh pengumuman rasmi dalam masa terdekat.

Besar kemungkinan Darren Fletcher akan dilantik sebagai pengendali interim. Beliau akan dibantu oleh Michael Carrick.

Terdapat cadangan kedua-dua bekas pemain ini akan menjadi sebahagian daripada stuktur kejurulatihan sementara sekiranya tiada penyelesaian segera berkenaan bakal pengganti Solksjaer.

Kekalahan kepada Watford pada malam tadi adalah yang kelima dari tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris, dan menyebabkan Manchester United menghuni kedudukan ketujuh dengan 17 mata.

Selepas perlawanan Solksjaer dilihat melambaikan tangan kepada penyokong Red Devils yang hadir, sebelum menjelaskan situasi semasa, tetapi tetap yakin mampu memulihkan keadaan.

David den Gea pula menganggap kekalahan tersebut sebagai memalukan. “Keadaan buruk sudah lama berlaku. Untuk kelab seperti Manchester United, kami harus bermain untuk trofi, untuk perkara yang besar. Kami jauh dari perkara begitu,” kata penjaga gol tersebut.

Solskjaer pada mulanya dilantik selaku pengendali interim untuk menggantikan Jose Mourinho yang dipecat pada Disember 2018. Pada Mac 2019, bekas penyerang itu menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk menjawat jawatan tersebut sebagai tetap.

Selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim 2020-21 di kedudukan kedua, Solskjaer diberikan kontrak baharu selama tiga musim pada Julai lalu.

Tetapi kekalahan kepada Watford pada minggu ini selepas turut tewas kepada seteru seperti Manchester City dan Liverpool akhirnya membuatkan Solskjaer hilang jawatannya.

Di mana kesilapan Solskjaer?

Solskjaer sebenarnya adalah individu yang amat disukai oleh penyokong sebagai pemain, dan ini bermakna harapan turut dipasang untuk beliau berjaya sebagai pengendali kelab.

Pada musi penuh pertamanya, Solksjaer membawa Manchester United menduduki kedudukan ketiga liga. Musim berikutnya, beliau meletakkan Manchester United di kedudukan kedua – selain berjaya mara ke perlawanan akhir Europa League sebelum ditewaskan Villareal.

Musim panas ini menyaksikan Manchester United melabur besar untuk Solskjaer, membawa masuk nama-nama besar seperti Rapahel Varane, Jadon Sancho dan Cristiano Ronaldo.

Di sebalik pelaburan besar tersebut, prestasi Manchester United pada musim ini dianggap merudum. Mereka hanya merekodkan empat kemenangan daripada 13 perlawanan yang dilalui.

Despite the wealth of resources at his disposal, however, the squad have severely underperformed this campaign.

Siapa bakal pengganti?

Antara persoalan yang turut timbul ialah siapakah yang bakal menggantikan Solksjaer? Ia tidak mudah untuk melantik seorang pengendali pada pertengahan musim – terutama pada November!

Antonio Conte sebelum ini dikatakan berminat untuk ke Old Trafford. Tetapi Tottenham lebih pantas menyambar pengendali dari Itali itu untuk dijadikan pengganti Nuno Espirito Santo pada penghujung Oktober lalu – ironinya selepas tewas 3-0 kepada Manchester United.

Brendan Rodgers juga adalah salah satu nama yang menjadi sebutan di Old Trafford. Tetapi pengendali Leicester itu akan memaksa Manchester United membayar harga yang mahal (penebusan kontrak), dan pada awal minggu ini telah menolak kemungkinan untuk menyertai kelab Manchester itu.

Mauricio Pochettino juga adalah antara pilihan yang perlu dilihat, dan pengendali dari Argentina itu adalah salah seorang calon yang digemari oleh Sir Alex Ferguson. Tetapi Paris Saint-Germain sudah menegaskan Pochttino tidak akan pergi ke mana-mana.

Bekas pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane juga tidak putus-putus dikaitkan dengan Manchester United dan dilaporkan adalah calon pilihan keluarga Glazer.

Perkara itu sukar berlaku mengambil kira isteri legenda Perancis itu yang enggan berhijrah ke Manchester. Zidane sendiri dipercayai tidak melihat Old Trafford sebagai destinasi pilihan untuk meneruskan karier kejurulatihan buat masa ini.

Julen Lopetegui, iaitu pengurus Sevilla adalah seorang lagi pilihan. Atau Manchester United turut boleh melakukan lantikan secara interim, dengan bekas pemain seperti Laurent Blanc sebagai calon berpotensi untuk mengendalikan pasukan secara sementara sehingga tamat saingan musim ini.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply