Ole Gunnar Solskjaer Mahu Jual Anthony Martial

Iklan

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini dilaporkan menempelak Anthony Martial di bilik persalinan kerana isu malas ketika sesi memanaskan badan. Martial ketika itu tidak dimasukkan ketika United mencari gol. Malah Solskjaer memasukkan Alexis Sanchez.

Insiden di bilik persalinan itu dilaporkan menjadi antara kemuncak kepada kesabaran Solskjaer ke atas sikap Martial yang dikatakan agak ‘diva’. Salah satu masalah utama Martial adalah komitmen ketika di pusat latihan. Ianya dianggap masalah sikap.

Sebelum ini bekas pengurus Man. United iaitu Jose Mourinho pernah mencadangkan kepada Ed Woodward agar menjual Anthony Martial kerana isu disiplin. Namun ia ditentang oleh Woodward.

Mourinho jelas kecewa dengan kuasa yang terlalu terhad dimiliki beliau dalam isu jual beli pemain. Sudahlah tidak dapat membeli pemain yang beliau kehendaki, nak menjual pemain untuk dijadikan modal dana membeli pemain pun tidak dapat.

Ketika itu harga Anthony Martial masih tinggi dengan kontrak masih lagi panjang. Ada beberapa kelab seperti Juventus dilaporkan berminat dengan pemain itu.

Isu disiplin dan komitmen telah membuatkan Martial kerap disisihkan Mourinho daripada kesebelasan utama. Martial hanya digunakan ketika pemain lain cedera. Martial antara pemain yang malas berlari dalam padang.

Namun ketika itu Martial dikatakan tidak gembira dengan taktikal Mourinho yang kerap meletakkan beliau di posisi yang beliau tidak gemari.

Perkara itu dahulu membuatkan ramai penyokong Man. United marah kepada Mourinho yang menyisihkan Martial. Ini kerana ada satu ketika Martial menunjukkan aksi cemerlang setiap kali beraksi. Namun Mourinho tetap menyisihkan pemain itu apabila pemain seperti Lingard dan Rashford cergas. Bahkan Mourinho beberapa kali memasukkan Fellaini berbanding ketika United dalam keadaan buntu.

Usaha Mourinho untuk menjual Martial dihalang oleh Ed Woodward dan menyatakan pemain itu dalam perancangan jangka panjang kelab. Hubungan Martial dan Mourinho juga menjadi dingin dan sedikit sebanyak mempengaruhi isu lanjutan kontrak. Musim ini Martial menjadi kesebelasan utama kurang 50% daripada aksi Man. United keseluruhannya.

Dalam kenyataan media beliau sebelum ini Solskjaer menyatakan ada ramai pemain yang masih mahu menyertai Man. United. Dan beliau seakan akan mengingatkan para pemain bahawa Man. United sentiasa kelab besar berbanding dengan mana mana pemain.

Solskjaer kemudian membayangkan akan melepaskan beberapa pemain dalam jendela perpindahan akan datang.

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 21: Anthony Martial of Manchester United battles for possession with Theo Walcott of Everton during the Premier League match between Everton FC and Manchester United at Goodison Park on April 21, 2019 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Laporan oleh Metro menyatakan Martial antara nama yang mahu dilepaskan. Sebagai rekod, Martial merupakan penyerang yang paling sedikit ‘coverage’ di dalam padang. Sebagai pemain sayap biasanya mereka lebih banyak berlari berbanding dengan target man. Martial bermain untuk kelab seperti United pastinya lebih tinggi harapan diletakkan.

Solskjaer pula pernah menegaskan beliau sentiasa mahukan pemain berlari dan bergerak. Dalam sidang media selepas aksi menentang Huddersfield beliau menggariskan perkara sama. Solskjaer menganggap United tidak banyak berlari pada separuh masa kedua.

Woodward pastinya pening memikirkan isu ini. Hal ini kerana Man. United membelanjakan sekitar £36 juta untuk membeli Anthony Martial dari AS Monaco pada 2015. Angka yang agak tinggi untuk pemain muda itu pada masa itu. Namun United menyatakan pembelian itu adalah ‘membeli potensi’ Martial dalam 2-3 tahun akan datang.

Selain daripada Martial, nama Alexis Sanchez juga mungkin akan tersenarai dalam senarai untuk dijual.

Selepas aksi seri dengan Huddersfield, Manchester United sah gagal ke UCL musim hadapan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram