Ole Gunnar Solskjaer: De Gea Masih Lagi Penjaga Gol Terbaik Di Dunia

Ole Gunnar Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer kelihatan tidak menghiraukan cemuhan yang dilemparkan oleh orang ramai terhadap penjaga gol utamanya, David De Gea.

Persembahan De Gea dikritik hebat selepas beliau gagal menampan dengan baik bola percubaan pemain serangan Tottenham Hotspur, Steven Bergwijn yang sekaligus menghadiahkan gol pembukaan buat lawan tersebut pada aksi tempoh hari.

Bekas kapten Manchester United, Roy Keane dan Gary Neville antara yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap aksi dipamerkan penjaga gol kelahiran Madrid, Sepanyol itu.

Namun bagi Solskjaer, beliau masih lagi menyandarkan harapan buat anak buahnya itu dan melihat De Gea sebagai antara penjaga gol terbaik di dunia pada ketika ini.

”David [De Gea] adalah merupakan penjaga gol terbaik di dunia,” ujar Solskjaer menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Dia hanya dibolosi dua gol pada tujuh perlawanan terakhir ketika dia beraksi untuk kami. Terdapat perlawanan menentang Manchester City, Chelsea, Tottenham, Everton, hanya melepaskan dua gol pada tujuh perlawanan.”

”[Dibolosi] ketika bertemu Evertona adalah gol yang aneh, [bertemu Tottenham] dia tidak dapat menghalangnya, dia telah melakukan penyelamatan yang hebat dan membantu kami memenangi perlawanan.”

”Dia masih lagi penjaga gol yang terbaik di dunia. David bekerja dengan begitu keras, dia tidak melakukan kesilapan ketika sesi latihan. Saya gembira dengan tugasan dilakukannya.”

”Dia telah menikmati beberapa musim yang hebat dan saya tidak merasakan sesuatu yang buruk jika anda dibolosi dua gol dalam tujuh perlawanan.”

”Dia menyelamatkan kami ketika bertemu Tottenham dengan menyelamatkan tandukan daripada Son Heung-min, secara mentalnya dia adalah seorang penjaga gol yang kyat tetapi bercakap dengannya pada setiap hari, itu baik-baik sahaja,” tambah Ole Gunnar Solskjaer lagi.

Kredit featured image: Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai David De Gea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN