Ole Gunnar Solskjaer: Aksi Dipamerkan Tuanzebe Amat Luar Biasa

Tuanzebe

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer jelas teruja melihat persembahan kemas ditampilkan pemain pertahanan, Axel Tuanzebe dalam mengekang tekanan hebat diberikan jentera serangan Paris Saint Germain (PSG) sekali gus membantu The Red Devils mencatatkan kemenangan 2-1, awal pagi tadi.

Tidak beraksi selama 10 bulan susulan kecederaan dialami langsung tidak memberikan masalah buat pemain berusia 22 tahun itu untuk bergandingan baik bersama Luke Shaw dan Victor Lindelof sebagai bek bertiga.

Aksi terakhir pemain pertahanan tengah itu sebelum mengalami kecederaan panjang adalah pada 19 Disember 2019 di mana pada ketika itu Manchester United menang 3-0 ke atas Colchester United dalam saingan Piala Carabao.

Kepercayaan yang diberikan oleh Ole terhadapnya berjaya dilaksanakan Tuanzebe dengan cukup baik dalam usahanya bagi memastikan Kylian Mbappe dan Neymar tidak bermaharajalela pada perlawanan tersebut.

”Axel seorang yang hebat, dia tidak beraksi selama 10 bulan, jadi dapat mempamerkan persembahan seperti ini berhadapan dengan Neymar dan Mbappe hampir mengejutkan kami.”

”Kami semua tahu bahawa dia merupakan pemain yang hebat, tetapi untuk melakukan perkara seperti pada perlawanan malam ini adalah sesuatu yang luar biasa.”

”Ini merupakan persembahan yang lebih baik berbanding aksi kali terakhir [bertemu PSG] di mana kita menang 3-1.”

”Saya rasa persembahan kali ini menunjukkan kita sudah semakin meningkat,” ujar Ole menurut laporan dikeluarkan Goal.

Dengan kecederaan dialami Harry Maguire dan disulitkan lagi dengan Eric Bailly yang terpaksa diketepikan hampir sebulan, Tuanzebe dijangka sekali lagi mendapat peluang untuk mempamerkan aksinya pada pertembungan menentang Chelsea, hujung minggu ini.

Kredit featured image: Speed Media/Icon Sportswire via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester United:

Manchester United Memang Layak Kalah, Akur Ole Gunnar Solskjaer

Apa Sebenarnya Posisi Van de Beek Akan Main Di Manchester United?

UCL 2020/21: Rashford Terus ‘Hantui’ PSG, Bantu Man Utd Raih Kemenangan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN