Odion Ighalo Gambaran Man Utd Teruk Dalam Urusan Perpindahan – Neville

Gary Neville percaya bahawa Manchester United membawa Odion Ighalo pada saat akhir jendela perpindahan Januari lalu adalah gambaran kepada perancangan teruk kelab tersebut di pasaran perpindahan pemain.

Bekas penyerang Watford, Ighalo beraksi selama tiga tahun di China, mengejutkan ramai apabila berhijrah ke Manchester United untuk kontrak singkat sehingga ke penghujung musim – selepas United berjaya mencapai persetujuan dengan Shanghai Shenhua pada hari terakhir jendela perpindahan.

Pemain penyerang berusia 30 tahun itu akan menggantikan Marcus Rashford yang mengalami kecederaan. Namun langkah tersebut tetap menyebabkan Neville tertanya-tanya.

Manchester United seolah-olah tidak pernah merancang untuk mempunyai pemain gantian untul Romelu Lukaku dan Alexis Sanches yang meninggalkan Old Trafford untuk ke San Siro pada musim panas yang lalu.

“Mereka perlukan seseorang di situ. Rashford akan berehat untuk beberapa bulan,” kata Neville.

“Malangnya saya tidak dapat memikirkan bagaimana. Beberapa minggu lalu Lukaku mendedahkan beliau telah memaklumkan akan meninggalkan [Manchester United] pada Februari atau Mac [tahun lalu].

“Itu bermakna anda mempunyai tempoh masa sekurang-kurangnya sembilan bulan untuk mencari dan membawa masuk seorang penyerang untuk kontrak jangka masa panjang.

“Namun hasil yang kita lihat pada hari terakhir perpindahan adalah seperti tindakan terdesak.

“Pemain ini [Odion Ighalo] mungkin akan memberikan impak. Beliau mungkin akan cepat menyesuaikan diri, menjaringkan gol, dan melakukan apa yang pihak kelab mahukan dari dia.

“Tetapi mengambil kira kelab ini berada pada situasi sebegini, turut mengetahui Sanchez akan mengikuti Lukaku selama berbulan-bulan yang lalu, hanya menjelaskan Manchester United kini bermasalah dan tidak bijak dalam mengendalikan aktiviti perpindahan pemain.”

https://twitter.com/footblab/status/1223662888549863424

Dalam perlawanan menentang Wolves di Old Trafford yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, United gagal menghasilkan walaupun satu peluang terbuka sepanjang 90 minit aksi.

Untuk itu, Neville berpendapat United tidak melakukan apa-apa penambahbaikan di bahagian serangan walaupun telah berbelanja besar di posisi tersebut sejak beberapa musim yang lalu.

“Anda boleh menyebut kembali nama seperti Falcao, Di Maria, dan pemain lain. Depay masih pemain muda pada ketika itu. Tetapi hakikatnya pemain yang United tandatangani di bahagians serangan adalah tidak cukup bagus,” tambah Neville.

“Kemudian anda melihat bagaimana Liverpool, Man City dan Tottenham melakukannya, dan bandingkan dengan Manchester United. Jika cara pengambilan pemain adalah salah, akibatnya anda hanya membayar harga yang tinggi.

“Tiada masalah dengan cara permainan [taktikal] dari United. Jika anda bermain dengan Messi, Suarez dan Neymar di hadapan, anda juga mungkin bermain dengan cara yang sama walaupun berhadapan Wolves.

“Anda menguasai perlawanan, dan menanti saat terbaik untuk salah seorang dari rangkaian tiga penyerang menhasilkan gol untuk pasukan.

“Masalahnya United tidak mempunyai rangkaian tiga penyerang sebegini, yang mampu memburu gol dan menghasilkan magis yang ramai harapkan.

“Mereka [pengurusan] membawa masuk Ighalo – mungkin pemain ini mampu menyumbat gol dari hantaran lintang ke dalam kotak penalti.

“Hakikatnya United sedang memburu gol pada kedudukan 0-0, dan terpaksa membawa masuk Jesse Lingard dan Diogo Dalot. Itu menjelaskan di mana kedudukan United yang sebenarnya.

“Masalah mengenai pembelian pemain [di Manchester United] ialah saya tidak tahu siapa yang bertanggungjawab melakukanya selama tujuh atau lapan tahun kebelakangan ini.

“Siapakah yang bertanggungjawab mencari pemain, dan memastikan pemain yang dibawa masuk mampu bermain dengan baik [bersama Man Utd]?”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN