No Holds Barred: TMJ Mahu JDT Jadi Kelab Yang Mampu Jana Keuntungan

Melalui sesi ‘No Holds Barred’ pada hari ini Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkongsi akan perancangan masa depan dan impian baginda terhadap kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara pertama yang Baginda tekankan ialah untuk JDT tampil menjadi sebuah kelab yang menjana kewangan sendiri pada masa depan, tanpa bergantung kepada penajaan semata-mata.

Saksikan sesi ‘NO HOLDS BARRED’ bersama DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja di ‘Facebook Live’…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, December 6, 2019

“Buat duit. Saya mahu tingkatkan keupayaan JDT dari segi nilai komersial. Untuk JDT mampu menghasilkan keuntungan sendiri secara berterusan tanpa bergantung 100% kepada tajaan,” ujar beliau.

Sasaran pasukan pula, TMJ mahukan pasukan JDT sentiasa berada sebagai empat pasukan terbaik di Liga Super, suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia.

Di pertandingan AFC Champions League, TMJ secara realistik mengharapkan JDT mampu melepasi sekurang-kurangnya peringkat kumpulan.

KEMUDAHAN AWAM DI STADIUM SULTAN IBRAHIM

Stadium Sultan Ibrahim milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim yang bakal…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, November 6, 2019

Bagaimanapun TMJ mengakui selama ini JDT tidak menjana keuntungan selama ini. Sebaliknya, kelab terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak termasuk untuk membina Stadium Sultan Ibrahim yang sedang di dalam pembinaan.

Malah baginda turut mengesahkan pembinaan Stadium Sultan Ibrahim berkemungkinan tidak akan sempurna 100% ketika mula digunakan nanti. Bagaimanapun segala kekurangan akan ditambah baik dari masa ke semasa.

Antara perkara menarik dari perkongsian TMJ di sesi No Holds Barred pada kali ini ialah untuk membangunkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai sebuah pusat yang mampu menarik pengunjung, walaupun ketika tiada perlawanan.

Antaranya dengan adanya restoran, perniagaan-perniagaan yang beroperasi, dan aktiviti-aktiviti lain di sekitar stadium diharap mampu menarik lebih ramai minat penyokong untuk hadir ke stadium ketika musim bermula.

Liga Malaysia sering kali dianggap sebagai persekitaran yang sukar bagi kelab-kelab untuk mengaut keuntungan. Disebabkan perkara itu, industri bola sepak di negara ini sukar untuk bergerak ke hadapan.

Cabaran yang berani ditempuhi oleh JDT melalui visi TMJ adalah satu langkah bijak, dan merupakan contoh terbaik bagaimana sebuah kelab bola sepak di Malaysia untuk maju, sekaligus untuk merancakkan industri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram