Nilai Tajaan Jersi EPL 2018/19 Sahaja Bernilai £313.6 Juta Semusim

Penaja jersi adalah nama penaja yang akan terpampang pada depan jersi. Ianya bukan pengeluar jersi seperti Adidas, Nike ataupun Puma.

Pada musim 2018/19, kelab di EPL akan menjana keseluruhan £313.6 juta menerusi tajaan ini sahaja. Ini tidak termasuk lagi penajaan pada lengan baju (sleeves sponsors) seperti Kohler (Man. United), Visit Rwanda (Arsenal) dan Nexen Tyres (Manchester City).

Angka tajaan £313.6  juta ini adalah peningkatan sebanyak £31.8 juta daripada musim sebelum ini. Ini selepas beberapa pasukan ada peningkatan nilai tajaan.

Paling signifikan ialah Manchester City, Arsenal dan Liverpool yang nilai tajaan mereka meningkat sebanyak £10 juta.

Pada musim 2017/18, jumlah keseluruhan penaja jersi 20 pasukan EPL adalah £281.8 juta.

Kuasa publisiti yang kuat pada EPL antara sebab kenapa banyak syarikat sanggup menaja kelab mereka dengan nilai tajaan sangat tinggi.

Penajaan tertinggi masih dipegang oleh Manchester United dengan nilai £47 juta semusim ini Chevrolet dari Amerika Syarikat.

Ini diikuti oleh jiran mereka, Manchester City yang mendapat tajaan £45 juta oleh Etihad (UAE).

3 lagi pasukan mendapat tajaan £40 juta setahun iaitu, Arsenal (Fly Emirates – UAE), Chelsea (Yokohama – Jepun) dan Liverpool (Standard Chartered – UK).

Nilai tajaan paling rendah adalah sebanyak £1.5 juta semusim. 2 kelab yang mendapat nilai tajaan £1.5 juta semusim adalah Brighton dan Huddersfield yang masing-masing ditaja American Express dan Ope Sports.

Selepas EPL membuka tajaan kepada syarikat judi bermula musim lalu, pada musim 2018/19, syarikat perjudian menjadi penaja paling banyak.

Sebanyak 8 pasukan jersi mereka ditaja oleh syarikat perjudian. Kelab itu adalah West Ham, Crystal Palace, Wolves, Bournemouth, Everton, Newcastle, Huddersfield, dan Fulham.

Ini adalah carta ringkas tentang angka tajaan jersi oleh pasukan-pasukan EPL musim 2018/19.

Hebat bukan kuasa tajaan mereka? Dengan memaparkan 1 penaja pada jersi di hadapan pun sudah mendapat berjuta pound sterling.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN