Nilai Kekayaan Cristiano Ronaldo & Lionel Messi Didedahkan

Kapten Barcelona Lionel Messi dan bintang Juventus Cristiano Ronaldo dilaporkan mempunyai nilai kekayaan $400 juta dan $500 juta masing-masing.

Messi dan Ronaldo, kedua-duanya telah melalui karier yang menakjubkan dengan pelbagai pencapaian di atas padang, dan turut disifatkan sebagai dua pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Menurut laporan CelebrityNetWorth, Ronaldo dikatakan dibayar melebihi dari  $60 juta setahun sebagai gaji di Juventus.

Pemain berusia 36 tahun itu turut menerima tidak kurang $40 juta dari bayaran lain, dengan Ronaldo turut mewujudkan jenama beliau sendiri untuk produk seperti pakauan dan minyak wangi.

CelebrityNetWorth percaya pendapatan keseluruhan Ronaldo adalah sekitar $70 juta setahun.

Dari segi pendapatan, Messi dipercayai menerima jumlah yang lebih banyak dari Ronaldo iaitu sekitar $92 juta setahun.

CelebrityNetWorth mendakwa pendapatan dari pelbagai organisasi lain sudah mencecah $40 juta setahun buat pemain dari Argentina itu.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh organisasi tersebut, pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali itu memiliki perjanjian seumur hidup dari Adidas, selain turut menerima keuntinga hasil kerjasama dengan Konami dan Pro Evolution Soccer Series.

Pendapatan ini pasti berubah selepas Messi menerima pemotongan gaji sebanyak 50% untuk kekal di Barcelona melangkau jendela perpindahan musim panas ini.

Pada September lalu, Ronaldo dan Messi turut berada di dua kedudukan teratas senarai pemain bola sepak paling kaya.

Messi  menamakan Ronaldo sebagai salah seorang atlet yang beliau kagumi. sama seperti bintang tenis dunia Rafael Nadal dan Roger Federer, dan bintang LA Lakers LeBron James.

“Ada ramai atlet yang dikagumi,” kata Messi kepada La Sexta.

“Rafa Nadal, Roger Federer, LeBron James. Di dalam semua jenis sukan akan ada atlet yang kita kagumu kerana kerja dan apa yang mereka lakukan setiap hari.

“Cristiano Ronaldo adalah satu lagi contoh dari bola sepak. Ada ramai. Saya kagum dengan atlet yang menyerlah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN