Niko Kovac Dedahkan Sebab Sebenar Mats Hummels Tinggalkan Bayern Munich

Di awal jendela perpindahan, kita dapatkan saksikan pemain Jerman iaitu Mats Hummels kembali ke kelab lamanya iaitu Borussia Dortmund.

Perpindahan itu menimbulkan pelbagai persepsi, adakah pemain itu tidak lagi hebat untuk beraksi bersama-sama Bayern Munich.

Kemungkinan itu ada, kerana pada musim lalu Hummels beraksi kurang baik terutamanya pada separuh masa pertama musim Bundesliga.

Akan tetapi, beliau menebus balik kesilapannya dengan beraksi cemerlang selepas Bundesliga mengharungi cuti musim sejuk.

MUNICH, GERMANY – APRIL 06: Mats Hummels of Bayern Munich celebrates after scoring fifth Robert Lewandowski’s goal during the Bundesliga match between FC Bayern Muenchen and Borussia Dortmund at Allianz Arena on April 06, 2019 in Munich, Germany. (Photo by Koji Watanabe/Getty Images)

Namun begitu, pengurus Bayern Munich iaitu Niko Kovac telah memberikan sebab sebenar mengapa pemain itu meninggalkan Allianz Arena.

Hal ini disebabkan beliau mahu tempatnya sebagai pemain kesebelasan utama di bahagian pertahanan tidak terganggu.

Akan tetapi, permintaan itu tidak boleh ditunaikan pihak kelab lalu memaksa beliau membawa diri.

“Sebelum ini, Mats Hummels datang kepada kami dan bertanya mengenai perancangan musim baharu.”

“Niklas Sule sudah beraksi untuk pasukan Jerman, dan sekarang kami memberi Lucas Hernandez yang digunakan sebagai pemain pertahanan tengah.”

Kovac berkata persaingan antara pemain perlu untuk memastikan pemain yang terbaik akan dipilih untuk beraksi.

“Persaingan bermakna pemain terbaik akan beraksi.”

“Hummels mahu mengelak perkara tersebut dan sebabkan itu beliau kini beraksi untuk Borussia Dortmund.”

Hummels melengkapkan perpindahan kembali ke Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan sebanyak €35 juta.

Sebelum ini, beliau pernah beraksi untuk kelab itu pada tahun 2009 hingga 2016.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram