Niko Kovac Buat Pengakuan Mengejutkan Tentang Lakonan Javi Martinez

Kami pun tidak pasti, kenapa Niko Kovac membuat pengakuan mengejutkan berkaitan dengan Javi Martinez yang dituduh melengahkan perlawanan dalam aksi UCL di antara Liverpool dan Bayern Munich.

Javi Martinez beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut. Namun beliau sentiasa terlibat dalam perbalahan dengan pengadil dan kerap merengek apabila ada insiden melibatkan beliau.

Lantas ada beberapa pundit mempersoalkan, adakah Javi Martinez sebenarnya sengaja mahu mencuri masa untuk melengahkan perlawanan?

Niko Kovac mengakui perkara itu. Dan beliau menyatakan ianya adalah lakonan dan perlakuan strategik untuk melengahkan perlawanan di Anfield.

Kovac juga mengakui Javi Martinez berpura-pura kejang otot untuk membolehkan Bayern Munich melengahkan perlawanan lebih lama.

Bayern dan Liverpool terikat 0-0 dalam perlawanan tersebut. Liverpool menjadi pasukan yang semakin mara dalam perlawanan itu, mendesak Bayern Munich terpaksa bertahan dan semakin ke belakang.

Niko Kovac menyatakan segalanya sudah dirancang. Mereka mahu mengelak kalah di Anfield. Dan salah satu taktik mereka adalah melengahkan perlawanan.

Kovac mengesahkan Javi Martinez sebenarnya tidak ada masalah kejang dan beliau boleh beraksi dalam perlawanan seterusnya. Kovac berkata: “Kami semua sudah tahu akan ‘drill’ itu. Apabila menghampiri wisel penamat, kami mencuri sedikit masa.”

“Javi ada laporan data persembahan yang baik, bermakna sukar melihat beliau untuk kejang otot. Ianya lebih kepada lakonan.”

Niko Kovac kemudian menjelaskan bahawa, ini bukan pertama kali Bayern Munich berlakon untuk melengahkan perlawanan.

“Di Berlin sebelum ini, Kingsley Coman juga berpura-pura kejang tetapi sebenarnya tiada apa pun yang berlaku.”

Niko Kovac menyatakan beliau tidak menyesal langsung dengan cara itu. Ini kerana bagi beliau, mereka mendapat apa yang mereka mahukan. Beliau sudah bersedia berhadapan dengan kritikan termasuk daripada penyokong Bayern Munich sendiri.

“Saya sedar dengan kenyataan yang saya sebut ini. Mungkin ianya tidak perlu, bodoh ataupun naif. Saya tak pasti. Saya cuma bersikap jujur.”

“Pada minit ke-85, ada sesetengah pemain perlu bertenang seketika selepas melakukan beberapa siri pecutan, turun naik di dalam padang. Itu semua normal dalam bola peringkat ini.”

Kovac juga menyatakan, di Bundesliga pun banyak pasukan menggunakan taktik melengahkan perlawanan menentang Bayern. Jadi kenapa pula mereka tidak boleh?

Kedua-dua pasukan – Liverpool dan Bayern – akan bertemu di Allianz Arena pada 13 Mac nanti dalam timbal balik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN