Nidzam Puji Semangat Juang Yang Tinggi Pemain Kedah

Jaringan daripada Paolo Rangel dan Andik Vermansah memastikan PKNS FC berjaya ditumbangkan di Stadium Darul Aman dalam aksi Liga Super semalam.

Pengendali skuad itu, Nidzam Adzha Yusoff berkata kepada Berita Harian menyifatkan kemenangan 2-0 itu adalah hasil daripada kegigihan pemain yang mengenal erti putus asa untuk mencari jaringan gol.

“Tahniah kepada pemain dan yang pasti kami berjaya mencapai misi yang ditetapkan iaitu menang tanpa dibolosi. Kami berjaya mengambil kesempatan daripada keletihan lawan yang bermain dalam Piala FA tempoh hari.

“Kita boleh lihat peningkatan yang ditunjukkan pasukan melalui beberapa perlawanan lalu dan kedudukan pasukan dalam carta pun sudah meningkat.

“Di hujung perlawanan kami biasanya agak bergelut dan saya terpaksa mengakui hakikat itu tetapi kami memiliki tempoh yang panjang selepas ini dan saya akan terus berusaha meningkatkan stamina dan kecergasan pemain supaya dapat kekal konsisten sepanjang perlawanan,” kata Nidzam.

Beliau juga menjelaskan, Kedah perlu meningkatkan kekuatan apatah lagi peluang untuk menduduki tangga kedua Liga Super masih terbuka.

“Rugi sekiranya kita tidak tingkatkan kekuatan untuk baki lima perlawanan terakhir ini kerana saya percaya peluang untuk berada pada kedudukan kedua masih ada.

“Jadi sudah pasti kita kena perbaiki kelemahan dalam semua aspek. Untuk perlawanan malam ini, saya berpuas hati dengan persembahan pemain termasuk import Paulo Rangel dan Alvaro Silva yang bekerja keras.

“Mereka memberi sumbangan besar buat pasukan namun mereka masih boleh memberikan yang lebih baik lagi. Semua pasukan pasti mahu menamatkan saingan kedudukan lebih baik, begitu juga kami,” katanya.

Sementara itu, Nidzam turut mengharapkan tiga pemain yang mengalami kecederaan, Sandro Da Silva , Halim Saari dan Asri Mardzuki sempat pulih sebelum bertemu Melaka selepas ini.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply