Nidzam Jamil: Jangan Tiru Permainan Barcelona, Kalau Tidak Mampu Buat

Pengendali FELDA United, Nidzam Jamil dalam sidang media selepas menyaksikan skuadnya tewas 1-2 kepada Selangor mengharapkan anak buahnya akan mengurangkan kesilapan ‘budak sekolah’ untuk kekal di Liga Super musim depan.

Buat masa ini, The Fighters masih kekal terperosok di dasar liga dengan 12 mata, hanya 2 mata di belakang Kuala Lumpur. Untuk kekal, mereka perlu keluar dari dua tangga tercorot dengan memburu kemenangan dalam baki 4 perlawanan terakhir.

Dalam perlawanan Ahad lalu, Sandro dan Ifedayo Olusegun telah menyumbang gol buat Selangor untuk mengatasi FELDA United 2-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Kemenangan ini telah melonjak The Red Giants ke kedudukan ketiga liga.

Memetik laporan portal Goal, Nidzam Jamil menjelaskan kedegilan pemainnya untuk mengikuti arahannya telah menyumbang kepada kekalahan ke-10 FELDA United untuk saingan musim ini.

“Saya beri arahan mudah kepada mereka; keluarkan bola daripada zon bahaya. Ianya perkara asas. Tidak perlulah kita bermain seperti Barcelona jika kita tidak mampu. Janganlah pula cuba meniru aksi sebagaimana yang disaksikan dalam kaca televisyen.

“Selangor menjaringkan gol gol apabila kita gagal keluarkan bola dengan cepat. Kita cuba bermain hantaran pendek menentang Selangor, pasukan yang tidak boleh dipandang rendah.

Zaquan Adha, Kedah
FOTO: MFL

“Majoriti pemain kita tidak pernah beraksi sehingga 30 perlawanan liga, itulah puncanya. Kita perlu kurangkan kesilapan, jika kita mahu kekal bersaing di liga,” jelas panjang lebar Nidzam Jamil.

Selain itu, Nidzam Jamil turut menyatakan kebangkitan seperti yang dilakukan ketika mereka menentang Kedah dalam separuh akhir kedua Piala FA, bukanlah sesuatu yang mudah untuk diulangi kerana Liga Super memiliki pasukan-pasukan yang besar statusnya.

Begitupun, pengendali muda itu masih optimis yang skuad kendaliannya masih boleh kekal di Liga Super musim depan.

“Selepas ini kita akan menentang KL dan PKNP. Kita tidak boleh hilang fokus dan keciciran mata lagi. Situasi kita sukar tetapi ia masih boleh dilakukan (untuk selamat dari penyingkiran).

“Ianya sukar tetapi kita perlu positif kerana KL dan PKNP juga dalam tekanan yang sama. Ianya bagus kerana kita akan berdepan mereka tetapi ia akan jadi memalukan jika kita gagal,” tambahnya.

Dua perlawanan terakhir FELDA United untuk musim ini adalah berdepan Pahang dan Kedah. Tugasan penting Nidzam Jamil adalah mata penuh berdepan Kuala Lumpur dan PKNP FC terlebih dahulu sebelum memimirkan mengenai Pahang dan Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN