Nicolas Pepe Kecewa Dengan Keputusan Mikel Arteta

Kerjasama Semuanya BOLA

Nicolas Pepe

Pemain yang hadir ke Arsenal dengan rekod perpindahan termahal, Nicolas Pepe mengakui beliau tidak menikmati minit perlawanan seperti diharapkan dalam usaha untuk membuktikan kualiti hebat dimilikinya di hadapan gol lawan.

Menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim lalu dengan nilai berjumlah £72 juta, Pepe kelihatan masih bergelut untuk memberikan sumbangan berkesan setimpal dengan pelaburan Arsenal yang ketika itu dibimbing oleh Unai Emery.

Sehubungan dengan itu, Pepe menegaskan bahawa beliau memerlukan lebih minit perlawanan untuk membuktikan kehebatannya untuk membantu Arsenal.

”Sasaran saya adalah untuk beraksi lebih masa, untuk menikmati lebih banyak minit permainan,” ujar Pepe menurut laporan Goal.

”Seorang pemain yang diberikan peluang bermain pastinya gembira. Bagi saya, saya mahu untuk bermain lebih minit permainan untuk kembali tersenyum.”

”Dia [Mikel Arteta] mahu saya untuk memberikan 100 peratus fokus ketika 90 minit perlawanan. Selepas itu, saya melihat ketika sesi latihan saya mengetahui akan diletakkan di bangku simpanan untuk minggu seterusnya.”

”Tetapi dia bercakap dengan saya, dia juga mempunyai pembantu yang memantau keadaan tersebut. Tetapi ia merupakan sesuatu yang mengecewakan buat mana-mana pemain sekiranya mereka diletakkan di bangku simpanan.”

”Peranan sebagai ‘super-sub’? Jurulatih membuat keputusannya. Ia terpulang kepada saya untuk membuktikan kepadanya bahawa saya tidak mempunyai peranan seperti itu,” tambah Pepe lagi.

Musim lalu, beliau hanya mampu menjaringkan lima gol dan mencipta enam bantuan jaringan dalam 31 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) manakala pada musim ini, pemain kelahiran Perancis itu sekadar menjaringkan satu gol selepas melalui tujuh perlawanan liga.

Kredit featured image: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Nicolas Pepe:

Nicolas Pepe: Dari Budak Miskin Di Jalanan Kepada Pemain Termahal Arsenal

RASMI: Nicolas Pepe Milik Arsenal, Pemain Termahal Dalam Sejarah Kelab

Pepe: “Saya Pilih Arsenal Kerana Mereka Bercita-Cita Tinggi, UEL Adalah Matlamat Kami”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram