Nicklas Bendtner Bintangi Program TV Realiti Sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Nicklas Bendtner mungkin kini berada di penghujung karier sebagai pemain bola sepak profesional. Tetapi jauh daripada kariernya di atas padang, lahir pula peluang lain bagi bekas penyerang Arsenal ini.

Baru-baru ini media di Denmark melaporkan Bendtner bakal membintangi program TV realiti beliau sendiri.

Turut bersama-sama Bendtner menjayakan program TV tersebut adalah teman wanita beliau yang merupakan model, Philine Roepstorff.

Menurut dr – akhaba berbahasa Denmark, program TV berjudul ‘Bendtner dan Philine’ akan diterbitkan oleh Discovery Channel dan akan disiarkan pada musim bunga tahun ini.

Bendtner yang turut pernah beraksi bersama Juventus memiliki 81 kaps bersama Denmark. Penyerang itu kini tidak terikat bersama mana-mana kelab selepas meninggalkan Copenhagen pada 2019.

“Saya dan Philine sememangnya sudah biasa dengan tumpuan media,” ujar penyerang berusia 32 tahun itu dalam satu kenyataan media.

“Banyak cerita ditulis mengenai kami, dan kebanyakannya adalah separuh benar. Di dalam buku [biografi], saya bercerita mengenai turun dan naik kehidupan dan karier. Dan siri kali ini adalah sambungan daripada kisah tersebut.”

Bendtner hanya bertahan selama tiga bulan bersama Copenhagen. Beliau menyertai kelab tersebut pada September sebelum meninggalkan kelab tersebut pada penghujung 2019 – sekaligus mencetuskan perkhabaran karier bola sepak beliau sudah berakhir.

“Selama ini sememangnya saya punya impian seperti untuk bermain lebih lama atau mendapat tawaran untuk kekal lama bersama sesebuat kelab,” tambah Bendtner lagi.

“Tetapi saya tetap menghormati keputusan yang dibuat oleh Stale [pengurus Solbakken], dan saya tidak menyesali saat itu.

“Sekarang saya hanya mahu fikirkan mengenai masa depan dan memikirkan sedalamnya sama ada saya memerlukan cabaran baharu di dalam bola sepak atau berhenti, sebelum memulakan perkara baharu.”

Karier Bendtner mulai dikenali di Arsenal, dan melakukan penampilan sulung bersama kelab London itu pada 2005. Selain Arsenal, Bendtner turut pernah menyarung jersi Birmingham, Sunderland dan Juventus sebelum berhihrah ke Wolfsburg pada 2014.

Dari 81 penampilan antarabangsa untuk Denmark, Nicklas Bendtner menjaringkan 30 gol dan pernah mewakili negaranya di Kehohanan Euro 2012 dan Piala Dunia 2010.