Nick Swirad, Khyril Muhymeen Antara 5 Pemain Yang Digugurkan Selangor?

Khyril Muhymeen Nick Swirad Selangor 2020

Beberapa nama pemain skuad utama Selangor disebut bakal digugurkan seterusnya akan dilepaskan sebelum bermulanya saingan untuk musim hadapan termasuklah beberapa pemain senior antaranya Nick Swirad dan Khyril Muhymeen.

Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Michael Feichtenbeiner berkata, pemain-pemain tersebut tiada dalam perancangan pasukan untuk musim hadapan dan bermula di saingan Piala Malaysia, kelibat mereka mungkin sudah tidak kelihatan lagi. Tempat mereka akan diambil alih oleh lima pemain dari Selangor 2.

Menurut laporan Stadium Astro, Feichtenbeiner hanya memaklumkan satu nama iaitu pemain pertahanan tengah berdarah kacukan Malaysia-England, Nick Swirad sebagai salah seorang pemain tersebut. Baki empat pemain masih menjadi tanda tanya dengan nama-nama seperti Khyril Muhymeen dan Farizal Harun jadi sebutan.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata beliau difahamkan antara pemain yang bakal digugurkan oleh pengurusan Selangor selain Nick Swirad adalah Farizal Harun, Khyril Muhymeen dan Anwar Ibrahim yang merupakan pemain yang telah dibawa masuk oleh bekas pengendali, B. Satiananthan sebelum ini.

Saingan musim 2020 menyaksikan Nick Swirad yang berusia 29 tahun hanya membuat empat penampilan, sementara Khyril Muhymeen pula tampil sebanyak lima kali. Penjaga gol, Farizal Harun pula hanya tampil sekali bersama Selangor musim ini selepas menjadi tonggak utama mereka pada saingan Liga Super musim lalu.

Untuk Anwar Ibrahim tidak pasti mengapa namanya tersenarai kerana beliau antara pemain muda yang telah diberikan peluang oleh Feichtenbeiner selepas menggantikan Satiananthan tempohari. Masih berusia 21 tahun, beliau telah tampil sekali dan cuma merekodkan enam minit penampilan iaitu ketika berdepan PJ City FC.

Kata Feichtenbeiner, “Nick [Swirad] merupakan salah seorang pemain yang tiada dalam perancangan kami musim depan. Dia tidak akan bermain dalam Piala Malaysia. Buat masa ini, ada beberapa pemain yang sudah diberitahu bahawa mereka tiada dalam perancangan saya kerana kami memerlukan ruang untuk pemain muda.”

“Kami sudah berbincang dengan mereka, pihak pengurusan sudah berbincang dengan pemain, jadi saya fikir kami sudah mendapatkan penyelesaian terbaik buat semua pihak. Sudah pasti pemain yang terlibat berasa kecewa tetapi dalam bola sepak, adakalanya perkara seperti ini diperlukan,” tambahnya lagi mengenai isu itu.

Dalam pada itu, bercakap kepada New Straits Times, Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, menegaskan yang mereka mengambil serius saingan Piala Malaysia.

Ujarnya sambil memaklumkan pentas Piala Malaysia juga adalah sebagai salah satu cara pemain untuk merebut kontrak baharu musim hadapan selain membawa pasukan pasukan melayakkan diri ke saingan Piala AFC, “Kami mengambil serius saingan Piala Malaysia. Ya, kami mahu menjuarainya dan meraih tiket ke Piala AFC.”

KREDIT FEATURED IMAGE: FA SELANGOR

Baca lagi artikel mengenai Selangor, Nick Swirad & Khyril Muhymeen:

Nicholas Swirad: Ia Satu Penghargaan Apabila Selangor Datang ‘Mengetuk Pintu’ Anda

Selangor Sisihkan Bakat Muda? Tentunya Tidak, Kata Michael Feichtenbeiner

B. Sathianathan Sentiasa Anggap Khyril Muhymeen Persis Cristiano Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN