Nguyen Van Quyet Disingkir Daripada Skuad Kebangsaan Vietnam Selepas Serang Pengadil

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Mungkin itulah peribahasa yang tepat untuk menjelaskan situasi yang melanda bintang bola sepak Vietnam, Nguyen Van Quyet selepas bertindak mengikut perasaan dengan menyerang pengadil kelmarin.

Dalam perlawanan liga Vietnam antara pasukannya, Hanoi T&T dengan Sanna Khanh Hoa, Van Quyet melakukan hantaran lintang dari sayap kiri pada minit 90′ + 4′ perlawanan.

Hantaran lintang tersebut kemudiannya dihalang oleh pertahanan Sanna, Chaher Zarour.

Van Quyet mendakwa kepada pengadil bahawa Zarour menghalang dengan tangannya dan penalti patut diberikan kepada pasukannya.

Tetapi pengadil tidak mengendahkan rayuan Van Quyet.

Tindakan pengadil tersebut nyata menaikkan darah pemain Hanoi T&T yang memprotes, terutamanya Van Quyet yang bertindak menyerang pengadil dari belakang sehingga menyebabkan pengadil terjatuh.

nguyen-van-quyet

Sejurus selepas kejadian, Van Quyet diarahkan keluar padang selepas pengadil memberinya kad merah. Sanna Khanh Hoa menang 1-0 dalam perlawanan tersebut.

Tetapi hukuman Van Quyet tidak terhenti setakat itu.

Sumber berita Vietnam melaporkan nama beliau telah disingkirkan daripada skuad kebangsaan Vietnam. Malah Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) menegaskan Van Quyet bakal dihukum dengan hukuman lebih berat.

Baca juga: Penyokong Vietnam Membakar Tiket Kerana Layanan Buruk Pemain Manchester City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN