N’Golo Kante Sememangnya Pemain Yang Menakjubkan – Antonio Conte

N'Golo Kante

Pengurus Chelsea, Antonio Conte menyifatkan pemain tengah bertahan pasukannya, N’Golo Kante sebagai seorang pemain yang sangat menakjubkan.

Pengurus dari Itali itu berkata selepas kelab bimbingannya berjaya mencuri 3 mata penuh ketika kunjungan Chelsea ke King Power Stadium apabila mencatatkan kemenangan 2-1 keatas Leicester City.

Kante yang mengemudi bahagian tengah dengan baik turut berjaya menjaringkan gol kedua buat The Blues dan beliau memilih untuk tidak meraikan jaringan tersebut dihadapan bekas penyokong kelab lamanya itu.

”N’Golo (Kante) bermain dengan menakjubkan tetapi kami sudah biasa melihatnya,” kata Conte mengenai pemain yang dibelinya dari Leicester dengan nilai  £34 juta pada musim lalu.

N'Golo Kante
SINGAPORE, SINGAPORE – JULY 24: N’Golo Kante and Antonio Conte of Chelsea during a training session at Singapore National Stadium on July 24, 2017 in Singapore. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

”Dia berjaya melakukan larian yang baik tetapi dengan kualiti yang dipamerkan, dia berjaya memperbaiki hantaran dan penyudahnya dengan baik.”

”Saya merasakan sangat penting untuk melihat pemain ini (Kante) meningkat dari semasa ke semasa dan dia memperbaiki kelemahannya, saya rasa sekarang N’Golo adalah pemain yang terbaik.”

”Anda dapat melihat bagaimana peningkatan yang mendadak dari N’Golo jika dibandingkan dua musim yang lepas dan juga musim lalu.

Namun Conte tidak mengabaikan saingan sengit yang diberikan skuad bimbingan Craig Shakespeare pada perlawanan kelmarin.

”Mentaliti yang ditunjukkan anak buah saya sangat kuat, sangat positif dan sangat baik. Kami mengawal permainan dengan baik sehingga kami memberikan sepakan penalti.”

”Selepas penalti tersebut, Leicester cuba memberikan tekanan kepada kami, tetapi selepas itu kami turut mencipta peluang untuk menambahkan jaringan.”

Selepas perlawanan, Kante berkongsikan perasaannya apabila turun kembali beraksi di King Power Stadium dan turut berjaya menjaringkan gol.

”Ianya sentiasa merupakan detik yang istimewa untuk beraksi menentang kelab lama saya. Saya mengecapi musim yang hebat disini tetapi saya datang hari ini untuk menang dan gembira dapat menjaringkan gol.”

”Ia adalah satu perkara yang menggembirakan apabila berjaya menjaringkan gol tetapi saya perlu menyembunyikannya (untuk meraikan gol) kerana mahu menghormati kelab lama saya.”

Sumber :

Leicester Mercury (2017) – http://www.leicestermercury.co.uk/sport/football/football-news/ngolo-kante-truly-amazing-player-454508

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram