N’Golo Kante ‘Pekena’ Dulu Nasi Lemak, Cari Tonik Hadapi Final UCL

Siapa yang tidak mengenali N’golo Kante. Pemain antarabangsa Perancis yang menyarung jersi Chelsea ini adalah antara wata paling disenangi di dalam bola sepak kerana kerendahan hati dan sikapnya yang senang didekati.

Sepanjang karier sebagai pemain bola sepak, Kante juga telah meraih hampir setiap kejuaraan yang dipertandingkan. Selain gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Leicester City pada musim 2015/16, pemain berusia 30 tahun ini turut pernah meraih kejuaraan yang sama bersama Chelsea pada musim 2016/17.

Antara trofi-trofi lain yang pernah dimenangi oleh Kante bersama Chelsea ialah Piala FA pada musim 2017/18 dan juga Europa League pada musim 2018/19.

Beliau juga adalah antara anggota skuad Perancis yang bergelar juara Piala Dunia pada 2018 yang diadakan di Rusia. Satu-satunya kejuaraan berprestij di dalam bola sepak yang masih tidak berada di dalam kabinet trofi Kante ialah UEFA Champions League.

Kante makan nasi lemak

Melalui beberapa perkongsian di media sosial, Kante dikatakan telah mengunjungi restoran yang menjual juadah Malaysia di London untuk menikmati nasi lemak sebelum menyertai skuad The Blues ke Porto – di mana perlawanan akhir Champions League diadakan.

“N Kante menikmati Nasi Lemak kosong dan ayam masak merah sebelum terbang untuk perlawanan akhir Champions League. Selamat maju jaya @nglkante,” ujar tukdinflavorsofmalaysia di akaun twitter mereka.

Seorang individu lain dengan nama akaun @alcatraz7 dipercayai pengunjung restoran tersebut turut berkongsi gambar kenangan bersama Kante.

“Dia punya tonik rahsia sebelum main final UCL pekena nasi lemak ayam masak merah dulu. ?Selalu order makan tu ja dekat restoran Tuk Din Flavour of Malaysia London…

“N’Golo Kante… Antara the best midfielder player in the world… low profile ja orang dia… relaks ja drive mini cooper…

“Good luck brother for the Final UCL this weekend… Pulun Chelsea Pulun…

Chelsea kendalian Thomas Tuchel akan berhadapan Manchester City di perlawanan akhir Champions League pada hujung minggu ini. Perlawanan tersebut akan diadakan di Estádio do Dragão, Porto.

Kali terakhir Chelsea mara ke perlawanan akhir Champions League ialah pada 2011/12 apabila mereka menjuarai pertandigan tersebut.

Baca artikel menarik lain mengenai N’Golo Kante:

N’golo Kante Enggan Bincang Tentang Real Madrid

N’Golo Kante: Pergerakan Itu Sering Dilakukan Dalam Latihan Dan Gol Tersebut Bukan Kerana Nasib

Rejuvenasi N’Golo ‘The Rat’ Kante : Dari Pemungut Sampah Ke Penakluk Dunia

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN