N’golo Kante Enggan Bincang Tentang Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Selain daripada Eden Hazard, Real Madrid turut dikaitkan dengan N’golo Kante.

Pemain tengah defensif Chelsea itu musim ini banyak digunakan sebagai pemain tengah ofensif oleh Maurizio Sarri. Posisi no.6 di Chelsea telah menjadi milik Jorginho.

Zinedine Zidane dilaporkan serius dalam usaha menguatkan bahagian tengah pasukan tersebut dengan beberapa pemain baharu yang berkualiti.

Zinedine Zidane juga dikatakan tidak berminat untuk menggunakan khidmat Kovacic. Pemain tersebut dikatakan dalam usaha untuk mencari kelab baharu dengan ejen beliau cuba untuk membawa Kovacic ke Bayern Munich ataupun Inter Milan.

Chelsea tidak boleh mendaftarkan Kovacic secara tetap pada musim akan datang jika rayuan mereka – berkenaan penggantungan terlibat jendela perpindahan – ditolak.

Namun begitu, N’golo Kante tidak mahu membincangkan soal tersebut dan menyatakan beliau masih lagi fokus untuk pasukannya Chelsea.

Kante juga menegaskan bahawa beliau tidak terdesak untuk mencari kelab baharu pada jendela perpindahan yang akan datang.

Kante berkata kepada wartawan: “Saya sekarang berada di Chelsea dan masih fokus untuk bermain di sini. Apa sahaja khabar angin diceritakan daripada mana-mana sumber adalah tidak penting.”

COBHAM, ENGLAND – DECEMBER 04: N’Golo Kante of Chelsea during a training session at Chelsea Training Ground on December 4, 2018 in Cobham, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

“Ianya [spekulasi ke Real Madrid] tidak penting. Kerana sayang masih di Chelsea dan fokus saya adalah di sini.”

Kante dalam usaha untuk membantu Chelsea menamatkan saingan musim ini di 4 teratas. Ini untuk mengelakkan kelab tersebut terlepas UCL buat 2 musim berturut-turut.

Chelsea kini dibezakan 3 mata daripada Arsenal yang berada di tempat ke-4 dalam carta EPL.