N’Golo Kante Bakal Dapat Durian Runtuh Jika Pilih Kekal Bersama Chelsea

N’Golo Kante dilaporkan bersedia untuk menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea, dan bakal menerima £300,000 seminggu.

Pemain antarabangsa Perancis itu memberitahu dirinya berpuas hati dengan tawaran tersebut – yang membenarkan beliau untuk kekal di Stamford Bridge untuk lima tahun berikutnya.

Kontrak baharu

The Telegraph melaporkan kontrak tersebut kini sedang diurus oleh pegawai perundangan kelan, sebelum Kante menandatanganinya, disusuli oleh pengumuan rasmi oleh Chelsea. Kelab London itu turut dilaporkan mereka yakin telah berjaya bersetuju dengan segala terma yang dikehendaki oleh Kante.

Kontrak lama Kante ketika menyertai Chelsea dari Leicester City pada 2016 dilaporkan sekitar £150,000 seminggu. Ini bermakna Kante bakal menerima peningkatan bayaran 100% dari kelab London itu.

(Photo by John Patrick Fletcher/Action Plus via Getty Images)

Paris Saint-Germain (PSG) sebelum ini dilaporkan cuba memancing pemain tengah berusia 27 tahun itu ke Ligue 1 pada musim panas akan datang – setelah Kante cemerlang membantu Perancis muncul juara dunia di Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia.

Contoh dan model pemain profesional

Namun laporan ini bermakna Kante hanya mahu memberikan fokus beliau kepada Chelsea yang kini dibimbing oleh Maurizio Sarri. Untuk rekod, Chelsea belum lagi tewas sepanjang 12 perlawanan liga yang mereka lalui setakat ini.

Sejak tiba di Stamford Bridge dengan nilai £30 juta pada dua tahun yang lalu, Kante boleh dianggap sebagai antara pembelian paling berbaloi dilakukan oleh kelab London itu.

France’s midfielder N’Golo Kante poses with the World Cup trophy during the trophy ceremony at the end of the Russia 2018 World Cup final football match between France and Croatia at the Luzhniki Stadium in Moscow on July 15, 2018. (Photo by FRANCK FIFE / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

Dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris berturut-turut; masing-masing bersama Leicester City dan Chelsea – Kante juga membuktikan dirinya adalah model dan contoh seorang pemain bola sepak yang menampilkan sikap profesional melalui aksi dan sikap yang dimiliki beliau.

Jika kontrak Kante bersama Chelsea dimeterai, ini bermakna pemain ini akan berusuia 32 tahun pada penghujung kontrak baharu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN