NFDP & QPR Umum Kerjasama Strategik

National Football Development Program (NFDP) secara rasminya mengumumkan jalinan kerjasama strategik dengan kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Queen Park Rangers (QPR).

Dengan kerjasama ini, QPR akan menghulurkan bantuan kewangan, teknikal dan lain-lain program pembangunan jangka panjang yang komprehensif dan menyeluruh.

Inisiatif ini akan dapat membantu NFDP dalam mencapai semua matlamat yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara.

Ia meliputi beberapa teras strategik pembangunan termasuklah melahirkan pemain berkualiti tinggi di seluruh pelusuk negara.

Pengumuman bersejarah ini dilakukan ketika Program Jelajah United Kingdom.

Dalam jelajah ini, skuad bawah 13 tahun NFDP telah diperkenalkan sebelum sepak mula perlawanan Liga di antara QPR dan Blackburn Rovers di Stadium Loftus Road pada awal pagi ini (waktu Malaysia). nfdptourofuk5

Turut hadir dalam majlis serba ringkas tapi amat bermakna ini ialah:

  1. Bekas pemain antarabangsa England dan Pengarah Bola Sepak QPR, Les Ferdinand
  2. Duta kelab QPR, Andy Sinton
  3. wakil-wakil pengurusan QPR,
  4. Pengarah Projek NFDP, Lim Teong Kim
  5. wakil pengurusan dan barisan jurulatih NFDP yang menyertai Program Jelajah UK.

Ketika kebanyakan kelab Liga Perdana Inggeris hanya menghantar jurulatih bagi klinik serta kursus jangka masa pendek, QPR telah melangkah setapak ke hadapan.

QPR mewujudkan jawatan Pengarah Pembangunan Teknikal, khas di Asia yang disandang oleh bekas jurulatih belia Bayern Munich serta bekas pemain kebangsaan, Lim Teong Kim.

Kerjasama ini telah memperlihatkan Teong Kim memainkan peranan sebagai Pengarah Projek NFDP dan juga Pengarah Pembangunan Teknikal di Asia untuk QPR. nfdptourofuk8

Beberapa petanda positif dapat dilihat melalui kerjasama ini termasuklah kejayaan yang telah dicipta oleh skuad bawah 13 NFDP. Skuad ini merupakan pasukan perintis bagi NFDP.

Pada tahun lepas, dengan bantuan QPR, mereka telah menjelajah ke United Kingdom dan menewaskan pasukan-pasukan Liga Inggeris seperti Reading, Ipswich, Tottenham Hotspur dan Chelsea.

Pada bulan Mei tahun ini pula, skuad yang sama telah beraksi di Jerman, Austria, Sepanyol dan Portugal.

Secara keseluruhan, 21 perlawanan telah berjaya dimenangi, 2 kali seri dan cuma kalah sekali kepada PSG dari 24 perlawanan yang telah mereka hadapi.

Kemenangan demi kemenangan berjaya diraih ketika menentang beberapa akademi bola sepak ternama seperti Bayern Munich, TSV 1860 Munich, Red Bull Salzburg, Atletico Madrid dan FC Sevilla.

Pencapaian yang diraih akhirnya dilengkapkan dengan kejuaraan apabila mereka muncul juara bagi Piala Iber di Costa Del Sol, Sepanyol. Pemain-pemain ini berjaya menewaskan Sporting Lisbon, 2-1 di perlawanan akhir.

nfdptourofuk7

Queens Park Rangers merupakan rakan NFDP yang pertama selepas pelancarannya pada tahun 2014 dan telah membantu menubuhkan 80 pusat-pusat latihan di bawah NFDP setakat ini.

Sekurang-kurangnya 15,000 kanak-kanak berumur 7 hingga 17 tahun kini sedang dilatih oleh 700 jurulatih NFDP di pusat-pusat tersebut.

Queen Park Rangers komited dalam menjayakan matlamat jangka masa panjang NFDP dan akan terus memperkasakan program bagi menjadikannya satu realiti.

Pemegang-pemegang taruh utama NFDP iaitu Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terutamanya kepada Pengerusi-pengerusi bersama QPR FC, Yang Berusaha En. Ruben Emir Ganalingam dan Yang Berbahagia Tan Sri Tony Fernandes yang telah menjadikan kerjasama ini satu realiti.

Berikut merupakan jadual perlawanan & waktu sepak mula (GMT). Follow twitter NFDP untuk perkembangan terkini.

nfdpuktour3

Baca juga: BAGAIMANA BEKAS JURULATIH AKADEMI BAYERN MUNICH MENYELAMATKAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN