NFDP Pantau Perkembangan Taufan Hagibis Yang Akan Melanda Jepun

Program Pembangunan  Bola Sepak Negara (NFDP) akan memantau perkembangan Taufan Hagibis yang dijangka akan melanda Jepun pada hujung minggu ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh NFDP melalui satu kenyataan di laman media sosial pada hari ini, berikutan tiga pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin, Sikh Izhan Nazrel dan Ahmad Zikri kini berada di negara matahari terbit itu.

Turut bersama ketiga-tiga pemain adalah Jurulatih dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Efendi Abd Malek.

Ketiga-tiga pemain berada di Jepun untuk menjalani latihan percubaan bersama kelab bola sepak, Tokyo FC dan Akademi JFA.

Wisma Putra melalui satu kenyataan pada hari ini berkata ribut tersebut dijangka akan membawa hujan lebat, angin kencang dan air laut pasang dengan potensi risiko bencana alam.

Kenyataan itu juga menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap di Jepun supaya berada di dalam rumah, sentiasa berwaspada dan memantau perkembangan terkini cuaca serta pengumuman agensi keselamatan awam mengenai taufan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN