Neymar : “Tidak Mati Tinggalkan Barcelona, Malah Saya Merasakan Lebih Bernyawa”

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Neymar ternyata gembira kerana berjaya menjaringkan satu gol dan menyumbang satu bantuan gol ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Guingamp 3-0 dalam perlawanan Ligue 1 Perancis pada Ahad lalu.

Perlawanan tersebut merupakan debut Neymar bersama pasukan baharunya itu selepas perpindahan bernilai €222 juta daripada Barcelona.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)
Restrictions

Dan Neymar ketika ditemui wartawan selepas tamat perlawanan tersebut menyifatkan dirinya lebih bernyawa dari ketika dirinya bersama gergasi Catalan, Barcelona.

Penyerang antarabangsa Brazil tersebut mencipta peluang gol yang disempurnakan oleh Edinson Cavani untuk gol ke-2 PSG dalam perlawanan yang dilangsungkan di Satede de Roudourou.

Penyerang Uruguay itu turut membalas Neymar dengan satu bantuan gol. Bercakap kepada media Canal+ selepas tamat perlawanan, Neymar tidak segan silu mengisahkankan lembaran baharu dalam karier profesionalnya itu.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Neymar berkata:

“Saya sangat tenang. Saya tahu ia sesuatu yang sukar ketika meninggalkan Barcelona, namun saya sangat gembira berada di sini.”

“Ada yang menyamakan serta bertanggapan tindakan meninggalkan Barcelona seperti satu kematian tetapi saya tidak pernah merasakan diri lebih bernyawa dari sebelumnya. Saya sangat gembira dan bola sepak di sini sama sahaja.”

“Saya gembira untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Perlawanan, namun apa yang penting ialah kami menang perlawanan ini. Tidak sukar untuk beraksi dengan baik apabila anda beraksi bersama ramai pemain berkualiti di sini.”

“Saya turut gembira kerana menjaringkan gol dalam kemenangan ini. Ia adalah sesuatu yang penting untuk menjaringkan gol. Saya mulai menyesuaikan diri serta membentuk persefahaman dengan rakan sepasukan dan kualiti mereka mempermudahkannya.”

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Pengendali di PSG, Unai Emery jelas gembira dengan aksi yang diperagakan oleh pemain baharunya itu dan turut teruja dengan pilihan yang beliau miliki di Parc des Princes.

“Neymar? Beliau adalah seorang pemain yang hebat. Pemain yang hebat sering menunjukkan kebolehan dan menikmati detik tersebut. Ada ramai pemain seperti Neymar di dalam pasukan ini,” kata Emery.

“Secara keseluruhan pasukan ini mengawal keseluruhan permainan dengan semangat yang sememangnya kami mahu pemain tonjolkan. Separuh masa kedua adalah hasil kerja keras yang dilakukan pada separuh masa pertama,” jelas Unai Emery mengulas kemenangan PSG tersebut.

Sumber:

1. Jonathan Johnson, ESPN FC (2017): Neymar ‘more alive than ever’ after winning debut with Paris St-Germain; http://www.espnfcasia.com/paris-saint-germain/story/3179413/neymar-says-leaving-barcelona-not-death-after-winning-psg-debut

2. Mirror (2017): ‘Leaving Barcelona doesn’t mean you die’ – Neymar insists he is ‘more alive than ever’ after PSG switch; http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/neymar-alive-barcelona-psg-transfer-10985123