Neymar Terbang Ke Paris Untuk Berhadapan Dengan PSG

Neymar dilaporkan sedang dalam perjalanan kembali ke Paris Saint-Germain (PSG) tetapi dijangkan kepulangannya kali ini ialah untuk berbincang lebih lanjut mengenai masa depan dirinya bersama juara Ligue 1 itu.

Sebelum ini PSG mendakwa Neymar gagal melaporkan diri untuk latihan pra musim mengikut jadual yang telah ditetapkan – sebelum dinafikan oleh ayah dan ejen kepada pemain itu.


Walaupun tidak menyertai skuad Brazil yang muncul juara Copa America 2019 yang lalu, kelibat pemain itu beraksi dalam perlawanan 5 sebelah di Praia Grande hanya akan menambahkan ketegangan diantara PSG dan pemain tersebut.

Neymar juga seperti sengaja mencari masalah bersama PSG dalam tempoh beberapa hari ini apabila memuatnaik gambar dirinya dengan jersi Barcelona, sebelum keluar dengan kenyataan yang menyatakan kenangan terindah didalam  bola sepak ialah ketika membantu kelab Catalan itu membelasah PSG 6-1 di pertandingan UEFA Champions League beberapa musim yang lalu.

Tengah hari semalam pemain Brazil itu dilihat berada di lapangan terbang Sao Paulo, dan dijangka akan menaiki pesawat Air France untuk ke Paris.

Malah pemain itu sempat berswafoto dengan peminat, walaupun penerbangan dijadualkan 20 minit sahaja lagi.

Neymar dilaporkan terdesak untuk kembali menyertai Barcelona pada musim panas ini – kelab yang beliau sendiri tinggalkan dengan nilai £198 juta dua tahun yang lalu.

Pengarah Teknikal PSG, Leonardo turut mengakui pihak mereka telah dihubungi oleh Barcelona berkenaan Neymar, tetapi sehingga kini juara La Liga itu dilihat belum mampu untuk menebus kontrak Neymar.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram