Neymar: “Bola Sepak Kini Sedikit Membosankan, Semuanya Pasti Akan Jadi Kontroversi”

Apabila anda merupakan seorang pemain bintang, pastinya perhatian lebih akan diberikan kepada anda.

Begitulah yang berlaku kepada Neymar, sejak beraksi di Perancis beliau sering menjadi tumpuan semua pihak.

Baru-baru ini beliau telah terlibat dengan satu lagi kontroversi dalam aksi Coupe de la Ligue menentang Rennes.

Dalam perlawanan itu, Neymar telah mengundang kontroversi selepas beliau dikatakan tidak menunjukkan semangat kesukanan.

Perkara ini berlaku selepas pemain Rennes iaitu Hamari Traore terjatuh.

Neymar kemudiannya menghulurkan tangan untuk membantu Traore untuk bangun semula namun selepas itu beliau menarik semula tangannya itu.

Tindakan kontroversi Neymar itu telah menyebabkan pengadil memberikan kad kuning kepadanya atas kesalahan tidak menunjukkan semangat kesukanan.

Rennes nyata berang dengan tindakan Neymar itu. Dalam masa yang sama, Neymar turut berang.

Bagi beliau, bola sepak kini merupakan sukan yang membosankan.

Kata Neymar, beliau hanya cuma ingin bergurau dengan Traore ketika itu.

“Bola sepak kini menjadi sukan yang semakin membosankan. Semua benda kita nak buat tak boleh.”

“Apa saja yang kita lakukan pastinya akan mengundang kontroversi.”

“Tindakan yang saya lakukan kepada Traore itu cumalah gurauan sahaja. Sekadar gurauan seorang kawan kepada kawan yang lain.”

“Tetapi kenapa saya tak boleh buat macam tu? Sebab beliau merupakan pihak lawan?”

Neymar juga dijadikan sasaran kerana sengaja menunjukkan skil (showboating) dalam perlawanan tersebut.

Katanya, tindakan beliau itu hanyalah provokasi beliau kepada pasukan lawan yang beraksi kasar terhadapnya.

“Mereka melakukan provokasi kepada saya dan apa yang saya lakukan itu adalah cara saya menunjukkan provokasi kepada mereka.”

“Saya gunakan skil dan kemahiran saya sebagai pemain bola sepak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN