Neymar Mahu Hadiahkan Piala Dunia 2022 Kepada Brazil Sebelum Bersara

Neymar

Pemain Brazil, Neymar menjangkakan yang tahun 2022 merupakan detik terakhir beliau akan memberikan segalanya buat negaranya.

Beliau menjangkakan yang saingan Piala Dunia 2022 di Qatar bakal menjadi penamat buat kariernya bersama-sama skuad kebangsaan Brazil.

Sudah cukup sudah

Bagi Neymar, beliau menganggap sudah tiba masanya untuk beliau mengundurkan diri dari bola sepak antarabangsa kerana padanya – sudah cukup sudah.

Hal ini disebabkan yang beliau mungkin tidak lagi mampu untuk menanggung beban yang ditanggungnya terutamanya dari segi tekanan untuk memberikan kejuaraan Piala Dunia kepada Brazil.

“Saya rasakan yang ini adalah Piala Dunia terakhir saya.”

“Saya anggap itu sebagai yang terakhir kerana saya tak tahu sama ada saya ada lagi tak kekuatan di minda untuk berhadapan dengan bola sepak lagi.”

Neymar dianggap sebagai harapan untuk memberikan kejuaraan dunia kepada Brazil di era moden.

Namun sehingga kini, beliau tidak mampu memberikannya selepas kempen pada 2014 dan 2018 tidak membawa sebarang hasil.

Muncul untuk percubaan kali ketiga, Neymar bertekad untuk memberikan yang terbaik pada penampilan Piala Dunia terakhir beliau.

Sasarannya untuk adalah untuk juara.

“Saya akan lakukan apa saja untuk berikan yang terbaik, apa saja untuk menang dengan negara saya.”

“Saya ingin realisasikan impian saya sejak dari kecil. Saya berharap saya mampu lakukannya.”

Sebelum ini, Neymar dan Brazil terkandas di separuh akhir dan suku akhir Piala Dunia 2014 dan 2018.

Walaupun telah berjaya merangkul Piala Konfederasi pada 2013 dan pingat emas Sukan Olimpik 2016, ianya masih belum cukup padanya.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply