Neymar Cedera Lagi Ketika Brazil Diikat Nigeria

Neymar ditimpa kecederaan dalam perlawanan persahabatan di antara Brazil dan Nigeria ketika permainan baru sahaja berlangsung selama 12 minit. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura itu berkesudahan seri 1-1.

Penyerang Paris Saint-Germain yang membuat penampilan ke-101 untuk pasukan kebangsaan itu dilihat memegang bahagian belakang pehanya digantikan dengan Philippe Coutinho.

https://twitter.com/En24News/status/1183403629283336192?s=20

Pasukan Brazil masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan pemain tersebut. Keputusan seri berkenaan memanjang rekod tanpa kemenangan Brazil kepada empat perlawanan.

Jurulatih Brazil Tite membuat dua perubahan daripada perlawanan lepas ketika berdepan Senegal dengan mengalih posisi Neymar ke bahagian tengah dan meletakkan tiga penyerang Gabriel Jesus, Roberto Firmino dan Everton di bahagian serangan.

Nigeria terlebih dahulu mendahului pada minit ke-35 selepas pemain tengah Rangers, Joe Aribo menjaringkan gol kedua dalam dua penampilan antarabangsa dengan menyumbat bola ke gawang Brazil dalam keadaan kelam kabut di kawasan kotak penalti.

https://twitter.com/realoladele/status/1183387347687264256?s=20

Brazil kemudian bertindak balas dengan menyamakan kedudukan tiga minit selepas separuh masa kedua bermula hasil jaringan Casemiro yang menyambut bola yang melantun selepas tandukan Marquinhos terkena palang.

Sejak menjuarai kejohanan Copa America pada Julai lepas, Brazil cuma mencatatkan keputusan seri menentang Colombia dan Senegal dan tewas kepada Peru.

Nigeria yang dibarisi pemain muda dengan purata umur 23.5 tahun ternyata berpuas hati dengan keputusan seri tersebut selepas rekod mereka bertemu Brazil sebelum ini menyaksikan mereka dibelasah 3-0 pada tahun 2003.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram