Neymar Beri Jaminan Kekal Di PSG, Tak Minat Kembali Ke Barca

Kerjasama Semuanya BOLA

Neymar PSG

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar telah pun menyatakan komitmennya untuk kekal di kelab Perancis tersebut sekurang-kurangnya untuk semusim lagi dan sekaligus menolak kemungkinan untuk kembali ke Barcelona dalam masa terdekat.

Barcelona yang mungkin kehilangan Lionel Messi pada musim panas ini sememangnya sedang mencari pengganti baharu untuk mengukuhkan bahagian serangan mereka dan sudah beberapa kali berusaha untuk mendapatkan semula penyerang Brazil tersebut.

Neymar yang dicemuh oleh penyokong PSG pada awal musim lepas kerana enggan melapor diri dan menjalani latihan akhirnya menjadi pemain penting buat kelab Paris berkenaan sehingga mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebelum tumpas 1-0 kepada Bayern Munich tempoh hari.

Dalam satu temubual dengan majalah kelab, penyerang berusia 28 tahun itu memberi keyakinan beliau tidak akan ke mana-mana untuk musim baharu ini selepas melalui musim yang cemerlang bersama PSG.

“Saya akan kekal di PSG musim ini dan menyasarkan untuk kembali ke perlawanan akhir UCL, kali ini untuk menjuarainya,” tegas Neymar

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk pastikan nama saya tercatat dalam sejarah kelab ini.”

Musim lepas, sekalipun saingan Ligue 1 ditamatkan lebih awal ekoran pandemik, beliau telah merekodkan 19 gol dan 12 bantuan jaringan daripada 27 perlawanan dalam semua pertandingan. Ketajaman dan kreativitinya membolehkan PSG merangkul kejuaraan liga dan Piala Liga.

Namun Neymar masih belum puas selagi belum berjaya membawa pulang kejuaraan Eropah ke kota Paris tersebut dan mahu mencubanya sekali lagi pada musim baharu ini memandangkan kontraknya masih berbaki dua tahun.

Seandainya kontraknya tidak disambung, PSG mungkin boleh menjualnya selepas musim ini berakhir dengan Barcelona dan Real madrid dikatakan berminat untuk mendapatkannya.

Baca juga artikel kamu yang lain mengenai Neymar:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply