Newcastle United Kembali Ke Premier League Selepas Semusim Di English Championship

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Selepas sah tersingkir dari Premier League musim lalu, masa depan kelab penuh sejarah bola sepak England itu menjadi tidak menentu.

Mana tidaknya, status pengendali sementara mereka ketika itu iaitu Rafa Benitez menjadi tanda tanya. Masakan pengurus berstatus besar seperti beliau mahu menguruskan kelab yang bermain di divisyen 2?

Namun begitu, Benitez mengambil keputusan untuk kembali kekal di St. James’ Park dengan misi yang jelas – kembali ke Premier League sepantas mungkin.

Misi berjaya

Akhirnya, misi yang disasarkan oleh Newcastle United berjaya dikecapi.

Selepas semusim berada di EFL Championship, Newcastle United kembali ke Premier League sebagai pasukan kedua dari liga tersebut selepas Brighton & Hove Albion mengesahkan status ke liga tersebut.

Ia terhasil selepas pasukan bimbingan Benitez berjaya menewaskan Preston North End dalam aksi perlawanan semalam.

Newcastle United menewaskan Preston North End 4-1 untuk mengesahkan tempat di Premier League dengan baki perlawanan tinggal lagi 2 sahaja untuk diharungi.

2 gol dari Ayoze Perez serta gol hebat hebat Matt Richie dan Christian Atsu mengesahkan kemenangan buat mereka sementara 1 gol pasukan pelawat dihasilkan oleh Jordan Hugill.

https://www.youtube.com/watch?v=FnT4N4JLxus

Siapa yang mengekori?

Selepas Brighton & Hove Albion serta Newcastle United sah ke Premier league, tumpuan terarah kepada 4 lagi pasukan yang berebut untuk 1 lagi slot ke Premier League.

Reading, Sheffield Wednesday, Huddersfield Town dan Fulham berada dalam kedudukan terbaik untuk beraksi di saingan play-off musim ini.

Akan tetapi tapi, Leeds United juga masih mampu untuk kembali dalam zon play-off selepas tercampak keluar dari zon tersebut pada minggu lalu.

Siapa pilihan anda untuk satu slot lagi ke Premier League? Nyatakan di ruangan komen!

Baca juga: Presiden FAM Ucap Tahniah, Mahu Semua Pasukan Teruskan Musim Yang Hebat