Neuer Resah Tidak Dapat Sertai Kem Jerman Ke Rusia

Manuel Neuer mengakui beliau risau akan terlepas Piala Dunia 2018. Ini selepas Neuer masih bergelut dengan pemuliahan daripada kecederaan.

Piala Dunia tinggal kira kira kurang 3 bulan lagi. Dan Joachim Low memberitahu senarai penuh akan dikeluarkan pada 15 Mei hadapan.

Ramai yang menjangkakan tiada masalah untuk kapten Jerman itu berada dalam senarai akhir kerana beliau menjadi watak penting dalam era emas moden Jerman di bawah Joachim Low.

Namun bagi Neuer ianya lebih daripada sekadar ada dalam slot. Beliau mahu bermain dalam kejohanan itu nanti.

Joachim Low minggu lalu berkata beliau hanya menunggu isyarat daripada Neuer.

Joachim Low

“Saya hanya menantikan apa perkembangan daripada beliau. Jika dia kata ok, maka ok-lah.”

“Dia sangat penting untuk pasukan kami. Semua orang tahu akan hal itu.”

Sementara itu, di kem Bayern Munich, Neuer masih belum berlatih lagi walaupun sudah Mac. Ini adalah kecederaan paling teruk dalam karier beliau apabila retak metarsasal pada September lalu.

Salihadmizic memberikan kemaskini perkembangan Neuer dan berkata pemain itu sudah menjalani proses pemulihan di gym.

“Beliau datang untuk sesi latihan setiap hari mengikut jadual. Kami masih enggan terlalu mendesak beliau untuk segera kembali. Kami mahu beliau menggunakan seberapa lama masa yang ada untuk pulih sepenuhnya.”

“Pihak fisio selalu memberitahu yang Neuer mahu kembali ke padang. Namun segalanya di bawah kuasa mereka.”

Adakah Manuel Neuer akan bersama-sama skuad Jerman ke Rusia? Semoga beliau mengutamakan kesihatan fizikal beliau terlebih dahulu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram