Neto Gembira Jadi Sebahagian Daripada Skuad Barcelona

Penjaga gol baharu Barcelona, Neto mengatakan yang dirinya cukup gembira apabila dapat menyertai pasukan hebat seperti Barcelona.

Beliau yang menyertai juara La Liga itu dari Valencia berkata demikian ketika sesi pengenalan dirinya sebagai pemain baharu Barcelona.

Menurut Neto, beliau memasang azam untuk menjadi pemain yang lebih baik dalam usaha mendapatkan tempat di dalam pasukan.

“Apa yang membuatkan saya ingin ke sini ialah kemahuan memperbaiki diri saya.”

Tambah Neto lagi, sekiranya Barcelona mempunyai lebih ramai pemain berkualiti tinggi, maka pasukan itu akan menjadi lebih baik.

“Jika kami tingkatkan tahap kami, dan kami ada pemain yang berkualiti mengikut standard kami maka kami akan jadi lebih baik.”

“Saya di sini untuk berkerja keras, tunjukkan apa yang saya mampu lakukan dan saya cukup gembira dapat berada di sini.”

Kata Neto lagi, perpindahan ke Barcelona ini adalah ganjaran buat dirinya selepas berusaha keras selama ini.

Beliau mengatakan yang dirinya sedar dari mana beliau datang, apa yang sudah dialaminya dan perpindahan ini tidak lebih daripada hadiah buat dirinya.

“Ganjaran diberikan kepada mereka yang mengejarnya.”

Neto berpindah dari Valencia ke Barcelona dengan menyaksikan bekas penjaga gol kedua kelab Catalan itu, Jasper Cillessen beralih alah.

Penjaga gol dari Belanda itu pula menyertai Valencia sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan tempat sebagai penjaga gol utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN