Nemanja Vidic: Kereta Kebal MU Yang Dimomokan Dengan Torres, Dibanding Dengan Van Dijk

Kerjasama Semuanya BOLA

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Nemanja Vidic bukanlah nama yang asing di kalangan peminat setia Manchester United. Dilahirkan pada 21 Oktober 1981 di Serbia, Vidic ibarat kereta kebal yang sanggup melakukan apa sahaja dalam mempertahankan benteng Red Devils.

Vidic beraksi bersama Man United di antara 2006 sehingga 2014 dan tampil dalam lebih 200 perlawanan. Bersama Manchester United, Vidic pernah menjuarai lima kejuaraan Premier League, tiga Piala Liga, dan satu kejuaraan Champions League dan Piala Kelab Dunia FIFA.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Inter Milan pada 2014, dan bersara dua musim kemudian.

Sepanjang karier beliau di England, perseteruan beliau dengan penyerang Liverpool, Fernando Torres sering menjadi sebutan. Selepas bersara daripada bola sepak, Vidic sering pula dibandingkan dengan pemain pertahanan dari Belanda Virgil van Dijk.

Antara pemain pertahahan terbaik dunia

Sukar untuk kita menafikan Nemanja Vidic sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik yang pernah beraksi di Premier League.

Vidic digandingkan bersama Rio Ferdinand oleh Sir Alex Ferguson pada era itu, dan kedua-duanya tampil sebagai salah satu pasangan center back terbaik pernah bola sepak saksikan.

Namun di dalam ramai-ramai pemain penyerang, ramai yang sentiasa menggariskan Fernando Torres sebagai pemain penyerang yang sentiasa memberi masalah kepada bekas pemain Serbia itu.

Dalam perlawanan derbi Liverpool – Manchester United, bekas pemain pertahanan Red Star Belgrade dan Spartak Moscow itu kerap kali seperti gagal mengawal atau membaca pemain dengan jolokan El Nino.

Pandangan Vidic mengenai Torres

Perkara itu tidak dinafikan oleh Vidic. Akhirnya selepas beberapa tahun persetruan kedua-dua pemain itu mewarnai kancah saingan Premier League, Vidic tampil menjelaskan mengapa Torres sentiasa memberikan masalah kepada beliau.

“Torres adalah pemain yang sangat istimewa. Pada ketika itu, beliau mungkin adalah penyerang terbaik di Premier League. Beliau berjaya membolosi gawang United dalam kebanyakkan perlawanan,” kata Vidic.

“Di Premier League adakalanya saya melalui perlawanan yang baik ketika berhadapan pemain seperti Didier Drogba. Adakalanya tidak.

“Begitu juga ketika menentang Torres dalam satu perlawanan, adakalanya akan ada perlawanan yang buruk. Demikianlah Premier League.

“Kerana itulah saya paling sukakan Premier League. Anda beraksi baik menentang Drogba, selepas itu anda akan berhadapan dengam Torres dan kemudian [Sergio] Aguero.

Jika orang melihat saya secara berhadapan, mereka akan berkata, ‘Saya ingatkan anda mempunyai susuk lebih besa!’ Saya tidak pernah besar, tetapi saya memberikan segala-galanya ketika bersaing.

“Saya juga sukar untuk menjadikan diri lebih besar [secara fizikal] kerana saya juga tahu perlu berhadapan dengan pemain seperti Torres dan Aguero.

“Ini menyebabkan saya jarang berada di gym kerana anda perlu berhadapan dengan pemain penyerang [berlainan sifat] sebegini.”

Apa pun alasan Vidic, beliau akui El Nino adalah salah seorang penyerang terbaik beliau pernah hadapi di Premier League, dan kita pula merindui persetruan sebegitu.

Perbandingan dengan Van Dijk

Tidak cukup sering dimomokan dengan Torres, Nemanja Vidic turut sering dibangdingkan dengan pemain pertahanan terbaik dunia,  Virgil van Dijk. Perbandingan pemain pertahanan mana yang lebih baik sering mejadi bahan perdebatan komuniti bola sepak global.

Perkara ini tidak terkecuali di kalangan penyokong Liverpool dan Manchester United di Malaysia.

Kebiasaannya penyokong Man United akan tampil dengan jumlah trofi yang pernah dimenangi oleh Vidic sebagai hujah.

Penyokong Liverpool pun apa kurangnya. Malah lebih hebat. Hujah mereka ialah Van Dijk tidak pernah digelecek pada musim sebelum ini, dan trofi Premier League musim lalu turut menjadi kebanggaan.

Senang cerita penyokong Liverpool dan Man United kalau bertelingkah, benda tak akan habis.

Sebelum ini GIVEMESPORT pernah melakukan satu kajian berasaskan undian: Siapakah pemain pertahanan tengah pilihan mereka dan yang lebih baik  diantara kedua-duanya. Keputusannya, 54% penyokong dari seluruh dunia memilih Vidic untuk berada di dalam pasukan mereka berbanding Van Dick.

Macam kita cakap, mana pandai berhenti bergaduh. Benda begini sampai kiamat pun tak akan habis dibawa bergaduh. Lagi-lagi era media sosial pada hari ini. Kalau dulu main ejek di kedai mamak je ye dak.

Statistik lawan statistik

Jadi untuk menjawab soalan siapakah lebih hebat diantara kedua-duanya, kita guna statistik. Statistik adalah fakta yang nyata.

Misalnya statistik mengatakan Liverpool adalah juara 19 kali Liga Inggeris. Tak kiralah Divisyen 1 atau era Premier League, dia tetap 19. Itu namanya statistik.

Siapa saja yang kaki statistik dan suka belek website seperti Squawka, Who Scored atau Premier League sendiri, statistik perbandingan pemain mudah untuk dicari.

Zaman sekarang ada Opta. Bukan macam dulu. Jadi agak pelik jugalah dengan penyokong yang tak pandai habis berdebat. Tetapi perkara sebegini sudah lumrah di dalam bola sepak. Kalau tidak berdebat, bukan penyokong namanya.

Musim 2018/19 adalah musim terbaik Van Dijk. Beliau menjuarai Champions League pada musim tersebut, dan tidak digelecek sepanjang musim.

Musim terbaik Vidic di England ialah pada musim 2008/09. Jadi kita bandingkan statistik terbaik Van Dijk dengan statistik terbaik dimiliki Vidic, dengan tanggapan kedua-duanya berada pada prestasi terbaik ketika itu.

Dan hasilnya seperti yang kita lihat di bawah:

Daripada statistik di atas, sangat jelas kelebihan milik Vidic dari Man United.

Adakah ini maknanya Van Dijk dah kalah?

Baiklah. Ini pendapat kami. Van Dijk sebenarnya tidak patut pun dibandingkan dengan Vidic. Apatah lagi didebatkan. Tak kisahlah pada kemuncak prestasi masing-masing atau pun jika anda mahu melakukan perbandingan karier keseluruhan kemudian hari.

Walaupun beraksi di posisi yang sama, Vidic dan Van Dijk adalah jenis pemain pertahanan yang berbeza. Van Dijk adalah pemain yang jenis selesa dengan bola di kaki.

Vidic pula adalah pemain pertahanan tengah yang tidak teragak-agak untuk bersaing secara fizikal dengan no-nonsense approach. 

Walaupun menjadi nadi kehebatan benteng pasukan masing-masing, Vidic dan Van Dijk juga beraksi pada era berbeza. Disebabkan perkara-perkara di atas, perbandingan secara terus adalah tidak munasabah.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah:

Kenali Liverpool FC, Kelab Montevideo Yang Tamatkan Penantian 113 Tahun Kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply