Nemanja Matic: Manchester United Perlu Tewaskan Pasukan Seperti Stoke City Untuk Jadi Juara

Nemanja Matic

Nemanja Matic menegaskan bahawa kelabnya, Manchester United perlu menumpaskan pasukan seperti Stoke City sekiranya mereka berhajat untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Selepas mengharungi 3 perlawanan dengan kemenangan yang selesa, skuad bimbingan Jose Mourinho itu menghadapi kesukaran ketika bertemu Stoke City di Bet365 Stadium kelmarin.

Marcus Rashford dan Romelu Lukaku berjaya memadamkan jaringan pendahuluan dari Jean-Eric Maxim Choupo-Moting namun penyerang Cameroon itu kembali menyamakan kedudukan untuk perlawanan berakhir dengan keputusan terikat 2-2.

Bercakap kepada MUTV, pemain berusia 29 tahun itu berkata: ”Ini merupakan perlawanan yang sukar (menentang Stoke City). Secara jujurnya ia sentiasa menjadi perlawanan yang sukar ketika bertandang ke stadium ini.”

”Stoke merupakan pasukan yang baik, ia menyukarkan kami tetapi kami masih mampu mengutip satu mata.

”Sekiranya kita mahu menjadi juara, kita perlu memenangi perlawanan seperti ini, jika anda menang, anda akan menjadi juara.”

Nemanja Matic
STOKE ON TRENT, ENGLAND – SEPTEMBER 09: Nemanja Matic of Manchester United in action with Kurt Zouma of Stoke City during the Premier League match between Stoke City and Manchester United at Bet365 Stadium on September 9, 2017 in Stoke on Trent, England. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

”Kita perlu tahu bahawa menentang pasukan seperti akan memberikan kesukaran buat kita, anda perlu lebih memberikan tumpuan dan sudah pastinya kami tidak gembira dengan satu mata ini.”

”Ia sangat penting jika dapat kembali dari ketinggalan dan saya fikir kami telah menunjukkan semangat itu. Kami juga telah mendahului pada babak kedua tetapi mereka memperoleh jaringan menerusi sepakan sudut.”

Matic yang dibawa masuk dari Chelsea dengan nilai perpindahan sekitar £40 juta pada awal musim ini turut menambah: ”Kami tidak menyempurnakan beberapa peluang pada penghujung permainan yang membolehkan kita memenangi perlawanan itu.”

”Sangat penting untuk berada di tangga teratas liga sekiranya boleh. Saya gembira kami masih berada disana (tangga pertama) dan kami akan bekerja keras untuk terus kekal berada di atas sehingga penghujung musim nanti.”

Sumber :

Metro UK (2017) – http://metro.co.uk/2017/09/10/nemanja-matic-sends-warning-to-manchester-united-teammates-after-stoke-city-draw-6916480/

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN