Nemanja Matic Akui Manchester United Punyai ‘Pemain Hebat’ Bagi Menangani Masalah Kecederaan Pogba

Nemanja Matic

Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic berpendapat bahawa kelabnya mempunyai kekuatan yang mencukupi bagi menampung ketiadaan pemain termahal pasukan, Paul Pogba yang mengalami kecederaan.

Pogba masih belum pulih dari kecederaan peha yang dialami ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah bertemu FC Basel bulan lalu dan Jose Mourinho mengesahkan pemain Perancis akan melanjutkan tempoh rehatnya.

Di sebalik berita kurang menyenangkan buat kelab itu, Matic begitu positif apabila menyifatkan United mempunyai pemain yang hebat untuk mengisi kekurangan yang ditinggalkan buat sementara oleh pemain berusia 24 tahun itu.

”Kami tahu bahawa dia (Pogba) akan berehat untuk ketika ini. Dia sangat penting buat kami, dia merupakan pemain yang hebat, tetapi saya yakin bahawa kami benar-benar bersedia,” kata pemain antarabangsa Serbia ini kepada wartawan.

”Saya juga yakin dia akan pulih dengan baik dan bersedia pada musim ini untuk membantu kami dan seterusnya menjaringkan banyak gol buat pasukan.”

”Semua orang tahu bahawa Pogba adalah pemain yang sangat penting buat Manchester United, tetapi kami turut mempunyai pemain yang hebat untuk mengisi tempatnya.”

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 30: Marouane Fellaini of Manchester United heads the ball to score his side’s third goal during the Premier League match between Manchester United and Crystal Palace at Old Trafford on September 30, 2017 in Manchester, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

”Kami telah membuktikannya pada beberapa perlawanan lalu yang semua pemain di Manchester United bersedia untuk beraksi dan semua boleh membantu pasukan,” kata Nemanja Matic.

Selepas aksi menentang FC Basel, Manchester United telah berjaya memenangi kesemua lima perlawanan selepas itu.

Pemain seperti Marouane Fellaini dan Ander Herrera dilihat sebagai pemain yang mampu mengisi kekosongan sementara yang ditinggalkan Pogba ketika ini.

Sumber :

Squawka (2017) – http://www.squawka.com/news/nemanja-matic-man-utd-have-great-players-to-cope-with-paul-pogbas-long-term-absence/996287#kfX76s6D451wB7gB.97

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN