Nelo Vingada Kini Merupakan Pengurus Baru Merangkap Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Setiausaha agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin pada hari ini mengumumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada akan memegang jawatan sebagai pengurus pasukan berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan pengurus terdahulu, Dato’ Seri Subahan Kamal (gambar bawah).

“Selepas mendapat perkenan daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), baginda telah menitahkan ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada untuk turut memegang jawatan sebagai pengurus pasukan berkenaan,” katanya.

Vingada akan memulakan tugas sebagai pengurus pasukan merangkap ketua jurulatih kebangsaan bermula dengan perlawanan ketiga Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong, malam ini.

Manurut Hamidin, pelantikan ini dibuat untuk memudahkan perjalanan pentadbiran pasukan.

“Tunku Presiden mahukan seorang pengurus pasukan sepenuh masa yang boleh sentiasa fokus dengan tugasannya bersama pasukan, selain memudahkan perjalanan pentadbiran pasukan dari aspek pengurusan dan kejurulatihan ”

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal yang sebelum ini telah menggalas tugas sebagai pengurus pasukan kebangsaan pada dua perlawanan kelayakan terdahulu bertemu Lebanon di Larkin pada 13 Jun lalu dan bertemu Hong Kong di Melaka pada 5 September lalu.

NELO VINGADA DILANTIK PENGURUS MERANGKAP KETUA JURULATIH KEBANGSAAN

Selepas mendapat perkenan daripada DYAM Mejar…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Monday, October 9, 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN